Saya Nak Jadi Baik :)





Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia, kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki solat.


Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi s.a.w., “Bagaimana keadaan orang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri?”. Nabi s.a.w. menegaskan: “Solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.” “Tetapi kalau orang itu masih jahat juga setelah mengerjakan solat, bagaimana?”. “Itu yang saya katakan, dia perlu memperbaiki mutu solatnya. Perbaiki solatnya .. bila solat dah baik, insyaAllah orang itu akan jadi baik.”
Nak jadi baik memang lambat.


Membina - mengambil masa; meruntuh - sekelip mata.



Bagaimana nak perbaiki solat?


Mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan rukun solat iaitu:

Rukun fi’li (perbuatan fizikal) seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud dan sebagainya.
Rukun qauli, pada makna bacaannya di lidah.
Rukun Qalbi (membaca) pada rasa yang bersemi di hati.






Cari ilmu yang bagaimana?

Cari makna bacaan Fatihah, cari tafsirannya. Cari simbolik daripada perlakuan rukuk, perlakuan sujud dan perlakuan berdiri betul. Perlu jaga 7 anggota sujud. Perlu memahami semua rukun-rukun solat, bukan sekadar tahu sahaja. Perlu menghayati rasa hina diri, malu, takut, harapan dan kagum kepada Allah dalam sujud kita. Itulah yang perlu ada dalam hati ketika melaksanakan solat. Itulah roh solat, manakala yang lainnya hanya jasad.
Amaran daripada Imam Ghazali: “Jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa, itu sama keadaannya dengan mempersembahkan ‘bangkai’ yang tidak bernyawa”.


Kenapa orang tidak mahu atau malas mengerjakan solat?


Punca orang enggan solat ialah apabila dia tidak terasa perlukan Allah dalam kehidupannya. Dia tidak nampak atau terasa keagungan, kekuatan, kekayaan, keilmuan dan lain-lain sifat kesempurnaan Allah.


Kenapa jadi begitu?


Orang tidak nampak kebesaran Allah sebab dia tidak terasa kekerdilan dirinya. Sebaliknya dia merasa dirinya atau makhluk-makhluk lain yang lebih besar. Jadi, pergantungan, pengharapan dan kekaguman bukan kepada Allah, tetapi kepada selain- NYA.
Wallahu‘alam.


Dipetik dari: Imam Global Solusi #3 HLMN 32

Jangan Merajuk Wahai Dai'e


Hidup ini menuntut mujahadah berterusan, setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu diusahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena, sehinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai muharrik. Mereka yang berada di dalam kategori tersebut mesti lebih lagi menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa.
Begitupun hal itu pasti tidak akan dapat dielakkan, usah kita lupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal waktu bersungguh dan berakhir dengan waktu lelah. Jika kita terkandas memandu keghairahan semangat dan azam, kita akan kecewa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Tetapi ingatlah, tidak pernah susah bermakna tidak sempurna, tidak pernah merasa payah bermakna tidak normal. Allah memberikan amanah mengikut kesanggupan hambaNya, natijahnya pula di bawah takdirNya. Bak bidalan, ‘menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi’.
Lalu di saat hati sedang kabur, lemah dan gelisah, carilah hikmah apapun yang ditenun di dalam lembar Al Quran. Rupa-rupanya kisah Nabi Yunus A.S yang jarang dijadikan bahan sebutan, memberi seribu pengertian dalam kehidupan seorang da’ie.

Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia

Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina

Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati
Ke tepi pantai seorang diri

Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan

Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira

Sedarlah Baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya

Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan dirii. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana setiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” – Surah Ali ‘Imran:139, Al Quranul Karim

http://www.tarbawi.my/index.php/en/inspirasi/manhaj-dakwah/263-jangan-merajuk-wahai-daie


Langkah Untuk Berubah : Jaga Hati, Bukan Kerana Jodoh


Beberapa hari lepas, usai solat berjemaah di masjid universiti, saya duduk merehatkan badan sebelum pergi menelaah di perpustakaan. Sambil rehat-rehat, ada kawan menegur. Kemudian datang kelompok kawan-kawan yang lain. Wah ramai juga yang tak balik rumah walaupun sedang cuti study week.
Lalu berbicaralah kami dengan bermodalkan beberapa isu yang kian hangat; dari hal remeh seperti lampu jalan di sekitar universiti yang sudah lama rosak hinggalah kepada isu negara seperti kekecohan pra-kempen sebelum pilihan raya.
Sempat juga diselitkan hal-hal wanita, memandangkan kebanyakannya sudah tahun akhir maka hal jodoh – jodoh mungkin lebih dekat.
Seorang rakan (yang baru saya kenali di situ) melampiaskan kekecewaannya. Katanya kerana pengaruh ‘ayat-ayat cinta islamik’ yang kian bertebaran di Facebook menyukarkan dia untuk mencari jodoh yang memahami. Mana tidaknya, dia mengutarakan isu wanita kini (wanita yang baik-baik) yang meletakkan ‘penanda aras’ bahawa “lelaki yang berbaju melayu, pakai kain pelikat dan berkopiah pergi masjid adalah lelaki yang sweet dan sesuai dijadikan jodoh”.
Kata beliau lagi, “lalu kita ini, yang pergi masjid pakai seluar jeans, pakai t-shirt ni macam mana? Tak sweetkah? Apakah kalau pergi masjid itu syaratnya perlu pakai baju melayu dan kain pelikat? Kalau selain dari itu, tidak layak digelar pemuda masjid?”
Seorang lagi rakannya mencelah, sambil mengiakan hal berkenaan. Kata beliau, dua hari lepas dia terserempak dengan beberapa wanita yang memberikan pandangan berbeza. Ketika itu dia dan rakannya yang sedang berbaju melayu, berkain pelikat dan berkopiah sedang menghidupkan enjin motor di parkir. kata beliau, wanita yang lalu lalang di situ tersenyum pada rakannya, tapi tidak pada beliau. Beliau menambah wanita-wanita itu memandang beliau dengan pandangan ‘eleh mamat ni maghrib entah nak pi mana entah, orang pi la masjid’. Dia dijeling hanya kerana dia tidak memakai baju melayu kain pelikat sedangkan tujuannya dan rakan disebelahnya sama; ke masjid!
Kami menggeleng. Parah juga kalau terlalu taksub nak berlakikan orang masjid. Habis yang pakai t-shirt biasa dan seluar biasa, yang niat mereka nak ke masjid tu bagaimana? Tak cukup baguskah?

Jaga Hati, Bukan Kerana Jodoh

Kami terdiam sejenak. Seketika kami dihampiri seorang lagi rakan yang merupakan ahli tabligh. Beliau bertanya dalam nada lucu apa yang kami fikirkan hingga muka berkerut-kerut. Rakan yang mengutarakan isu tadi menceritakan panjang lebar. Kemudian rakan tabligh tadi tersenyum.
Kata beliau “kalau enta fikir macam tu, enta kena hati – hati. Takut nanti niat enta nak ke masjid untuk beribadah ni, bertukar jadi benda lain pula. Ana ada baca buku, kitab agaknya tajuknya Risalah Sufi apa tu…al qusyair…al qusyri…”
“Risalah Sufi Al-Qusyairi.” saya membantunya.
“Haa…buku tu…bagus enta baca. Dalam buku tu ada menyebut yang cinta ni semuanya ada tujuan. Dan bila tujuan tu tercapai, atau tujuan tu dilupakan, maka tiada sebab untuk dia mencintai lagi. Macam enta, contohnya, kalau enta pergi masjid sebab nak mengurat anak dara orang, nanti kalau enta dah dapat dia, enta masih pergi masjid lagi tak? Atau kalau enta tahu anak dara orang tu dah ada yang punya, enta mesti rasa macam alah takda gunanya aku pi masjid dia dah ada orang lain. Kan?”
Kami semua mengangguk. “Al-Junaid punya kata-kata”, saya menegaskan. Rakan tabligh itu segera bersetuju. Jadi katanya, “biarlah kita ke masjid ni, kita dan Tuhan saja yang tahu niat kita dan keikhlasan kita. Bukan apa, merungut begini, bimbang syaitan itu berbisik yang bukan-bukan. Syaitan tu di mana-mana pun ada. Dalam masjid pun dia boleh bisik kat kita, walau kita tengah sembahyang. Inikan pulak tengah duduk-duduk begini.”
Azan isyak berkumandang. Kami bangkit dan bersalam, tersenyum seperti ada semangat baru meresap. Melangkah beramai-ramai ke dalam saf, untuk minta supaya ditetapkan hati dan iman hanya untuk DIA, bukan makhluk-Nya. Ketika itu juga rakan tabligh kami mengangkat tangan dan berdoa “ya Allah, tahun baru akan datang, teguhkanlah hati kami agar sentiasa istiqamah di atas jalan-Mu, ibadah kami, amal kami, hidup mati kami, hanya untuk-Mu.” Ramai-ramai kami mengaminkan doa itu.
Ikhlaskan hati. Kuatkan hati. Allah Allah Allah. Hati ini milik-Mu, jagakan ia sebaiknya kerana jika aku yang menjaganya, kerap aku campakkan ia di tempat yang tak sepatutnya.
.
# Tulisan ini adalah hak milik saudara Syukri Mohd Ali (Sederhana Indah). Semoga tulisan ini memberi makna dan membuatkan kita terfikir sejenak. May Allah bless :)


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/berubah-jaga-hati-jodoh/#ixzz2I2MO0ATJ


Cuti cuti

alhamdulillah..

selesai beberapa perkara yang perlu diselesaikan..

malam ni excited nak balik kampung.. actually, dari smlm lg dah start2 belek album si amni najihah.. ok, ma makna? hihi..

seriously, sblm beli tiket tak rasa pun excited nya.. :) balik seminggu kan..

well, macam biasa.. ada beberapa perkara yg tak settle lagi.. so, kena bawa balik rumah la kan..

actually, ada perkara yang menyebabkan hati ni rasa berat nak balik rumah walaupun sebenarnya melonjak2 rasa nak balik.. berkenaan janji yang akan dituntut.. ya Allah, Engkau lebih mengetahui hati2 ini..
mak,abah.. hanya redha kalian ku pohon.. restuilah setia keputusan anakmu ini.. bersabarlah sehingga segalanya selesai.. insyaAllah.. bi iznillah..

berapa banyak perkara da..

kesimpulannya, banyak perkara la kan yang ada dalam kepala ni termasuk yang tak tecatat.. nak cepat, satgi tertinggal bas pulak.. hikhi..

simboliknya gambar.. hehe


hopefully, segala urusan dipermudahkan.. amin ya Rabb..