Saya Nak Jadi Baik :)





Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia, kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki solat.


Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi s.a.w., “Bagaimana keadaan orang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri?”. Nabi s.a.w. menegaskan: “Solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.” “Tetapi kalau orang itu masih jahat juga setelah mengerjakan solat, bagaimana?”. “Itu yang saya katakan, dia perlu memperbaiki mutu solatnya. Perbaiki solatnya .. bila solat dah baik, insyaAllah orang itu akan jadi baik.”
Nak jadi baik memang lambat.


Membina - mengambil masa; meruntuh - sekelip mata.



Bagaimana nak perbaiki solat?


Mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan rukun solat iaitu:

Rukun fi’li (perbuatan fizikal) seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud dan sebagainya.
Rukun qauli, pada makna bacaannya di lidah.
Rukun Qalbi (membaca) pada rasa yang bersemi di hati.






Cari ilmu yang bagaimana?

Cari makna bacaan Fatihah, cari tafsirannya. Cari simbolik daripada perlakuan rukuk, perlakuan sujud dan perlakuan berdiri betul. Perlu jaga 7 anggota sujud. Perlu memahami semua rukun-rukun solat, bukan sekadar tahu sahaja. Perlu menghayati rasa hina diri, malu, takut, harapan dan kagum kepada Allah dalam sujud kita. Itulah yang perlu ada dalam hati ketika melaksanakan solat. Itulah roh solat, manakala yang lainnya hanya jasad.
Amaran daripada Imam Ghazali: “Jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa, itu sama keadaannya dengan mempersembahkan ‘bangkai’ yang tidak bernyawa”.


Kenapa orang tidak mahu atau malas mengerjakan solat?


Punca orang enggan solat ialah apabila dia tidak terasa perlukan Allah dalam kehidupannya. Dia tidak nampak atau terasa keagungan, kekuatan, kekayaan, keilmuan dan lain-lain sifat kesempurnaan Allah.


Kenapa jadi begitu?


Orang tidak nampak kebesaran Allah sebab dia tidak terasa kekerdilan dirinya. Sebaliknya dia merasa dirinya atau makhluk-makhluk lain yang lebih besar. Jadi, pergantungan, pengharapan dan kekaguman bukan kepada Allah, tetapi kepada selain- NYA.
Wallahu‘alam.


Dipetik dari: Imam Global Solusi #3 HLMN 32

Langkah Untuk Berubah : Jaga Hati, Bukan Kerana Jodoh


Beberapa hari lepas, usai solat berjemaah di masjid universiti, saya duduk merehatkan badan sebelum pergi menelaah di perpustakaan. Sambil rehat-rehat, ada kawan menegur. Kemudian datang kelompok kawan-kawan yang lain. Wah ramai juga yang tak balik rumah walaupun sedang cuti study week.
Lalu berbicaralah kami dengan bermodalkan beberapa isu yang kian hangat; dari hal remeh seperti lampu jalan di sekitar universiti yang sudah lama rosak hinggalah kepada isu negara seperti kekecohan pra-kempen sebelum pilihan raya.
Sempat juga diselitkan hal-hal wanita, memandangkan kebanyakannya sudah tahun akhir maka hal jodoh – jodoh mungkin lebih dekat.
Seorang rakan (yang baru saya kenali di situ) melampiaskan kekecewaannya. Katanya kerana pengaruh ‘ayat-ayat cinta islamik’ yang kian bertebaran di Facebook menyukarkan dia untuk mencari jodoh yang memahami. Mana tidaknya, dia mengutarakan isu wanita kini (wanita yang baik-baik) yang meletakkan ‘penanda aras’ bahawa “lelaki yang berbaju melayu, pakai kain pelikat dan berkopiah pergi masjid adalah lelaki yang sweet dan sesuai dijadikan jodoh”.
Kata beliau lagi, “lalu kita ini, yang pergi masjid pakai seluar jeans, pakai t-shirt ni macam mana? Tak sweetkah? Apakah kalau pergi masjid itu syaratnya perlu pakai baju melayu dan kain pelikat? Kalau selain dari itu, tidak layak digelar pemuda masjid?”
Seorang lagi rakannya mencelah, sambil mengiakan hal berkenaan. Kata beliau, dua hari lepas dia terserempak dengan beberapa wanita yang memberikan pandangan berbeza. Ketika itu dia dan rakannya yang sedang berbaju melayu, berkain pelikat dan berkopiah sedang menghidupkan enjin motor di parkir. kata beliau, wanita yang lalu lalang di situ tersenyum pada rakannya, tapi tidak pada beliau. Beliau menambah wanita-wanita itu memandang beliau dengan pandangan ‘eleh mamat ni maghrib entah nak pi mana entah, orang pi la masjid’. Dia dijeling hanya kerana dia tidak memakai baju melayu kain pelikat sedangkan tujuannya dan rakan disebelahnya sama; ke masjid!
Kami menggeleng. Parah juga kalau terlalu taksub nak berlakikan orang masjid. Habis yang pakai t-shirt biasa dan seluar biasa, yang niat mereka nak ke masjid tu bagaimana? Tak cukup baguskah?

Jaga Hati, Bukan Kerana Jodoh

Kami terdiam sejenak. Seketika kami dihampiri seorang lagi rakan yang merupakan ahli tabligh. Beliau bertanya dalam nada lucu apa yang kami fikirkan hingga muka berkerut-kerut. Rakan yang mengutarakan isu tadi menceritakan panjang lebar. Kemudian rakan tabligh tadi tersenyum.
Kata beliau “kalau enta fikir macam tu, enta kena hati – hati. Takut nanti niat enta nak ke masjid untuk beribadah ni, bertukar jadi benda lain pula. Ana ada baca buku, kitab agaknya tajuknya Risalah Sufi apa tu…al qusyair…al qusyri…”
“Risalah Sufi Al-Qusyairi.” saya membantunya.
“Haa…buku tu…bagus enta baca. Dalam buku tu ada menyebut yang cinta ni semuanya ada tujuan. Dan bila tujuan tu tercapai, atau tujuan tu dilupakan, maka tiada sebab untuk dia mencintai lagi. Macam enta, contohnya, kalau enta pergi masjid sebab nak mengurat anak dara orang, nanti kalau enta dah dapat dia, enta masih pergi masjid lagi tak? Atau kalau enta tahu anak dara orang tu dah ada yang punya, enta mesti rasa macam alah takda gunanya aku pi masjid dia dah ada orang lain. Kan?”
Kami semua mengangguk. “Al-Junaid punya kata-kata”, saya menegaskan. Rakan tabligh itu segera bersetuju. Jadi katanya, “biarlah kita ke masjid ni, kita dan Tuhan saja yang tahu niat kita dan keikhlasan kita. Bukan apa, merungut begini, bimbang syaitan itu berbisik yang bukan-bukan. Syaitan tu di mana-mana pun ada. Dalam masjid pun dia boleh bisik kat kita, walau kita tengah sembahyang. Inikan pulak tengah duduk-duduk begini.”
Azan isyak berkumandang. Kami bangkit dan bersalam, tersenyum seperti ada semangat baru meresap. Melangkah beramai-ramai ke dalam saf, untuk minta supaya ditetapkan hati dan iman hanya untuk DIA, bukan makhluk-Nya. Ketika itu juga rakan tabligh kami mengangkat tangan dan berdoa “ya Allah, tahun baru akan datang, teguhkanlah hati kami agar sentiasa istiqamah di atas jalan-Mu, ibadah kami, amal kami, hidup mati kami, hanya untuk-Mu.” Ramai-ramai kami mengaminkan doa itu.
Ikhlaskan hati. Kuatkan hati. Allah Allah Allah. Hati ini milik-Mu, jagakan ia sebaiknya kerana jika aku yang menjaganya, kerap aku campakkan ia di tempat yang tak sepatutnya.
.
# Tulisan ini adalah hak milik saudara Syukri Mohd Ali (Sederhana Indah). Semoga tulisan ini memberi makna dan membuatkan kita terfikir sejenak. May Allah bless :)


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/berubah-jaga-hati-jodoh/#ixzz2I2MO0ATJ


Recharge Your IMAN :)

Iman Anda Sudah Low !!!

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

▂ ▄ ▅ ▇ █ Charge Iman Anda █ ▇ ▆ ▄ ▂

أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

سبحان الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا حول و لا قوة إلا بالله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

اللهم صل على سيدنا محمد

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████─║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝
Sudah Full , Amin ^^
Ahamdulillah, sedar xsedar anda telah berzikir & berselawat..
"ber blog sambil beribadah" ^_^ ..
♥  Cepat Charge .. ♥


found this post while blogwalking.. huhu..asalnya nak cari maklumat pasal pen.pegawai it. siapa la pemilik asal yg kreatif ni ya.. moga saham akhirat berlimpahan buat anda :D



Bulatan Gembira kami ^_^

Hari ni ber'temu' di rumah makcik Meriani.. Alhamdulillah, makanan rohani terisi.. nak point pada satu word yang kami bincangkan tadi.. salah satu nama Allah daripada  99 namaNya iaitu AS-SYAKUR (YANG MAHA MENSYUKURI).. Bila lihat semula pada nama ni, what will be in our mind is 'Allah bersyukur? macamana tu? kan Allah Maha segala-galanya, kenapa perlu bersyukur..'
 Yang dimaksudkan adalah Allah memuji sesiapa yang mentaatiNya, tanda Allah gembira bila kita hargai nikmatNya. Allahurabbi, sedangkan Allah bersyukur dengan segala sesuatu.. inikan kita yang selalu mengharap sesuatu kepada Allah tapi tak mahu bersyukur dengan nikmatNya yang tak terhitungkan.. 


Bila kaji semula satu persatu nama-nama Allah, sungguh terasa diri ni kerdil sangat.. tak punya apa-apa.. tiada satupun milik kita.. semuanya dari Allah.. sungguh Allah itu Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pengampun..etc.. Jadi, takda alasan untuk kita sombong kat dunia ni kan.. muhasabah bersama 

 Allah, buka2 je blog, terus dapat notification dr multiply saying that, 
 From December 1st, we will unfortunately no longer be able to support Multiply in its current form.
hmm.. kena mula kerja2 pemindahan la nampaknya.. 

JANGAN MERAJUK WAHAI DAI'E

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan, setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu diusahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena, sehinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai muharrik. Mereka yang berada di dalam kategori tersebut mesti lebih lagi menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa.

Begitupun hal itu pasti tidak akan dapat dielakkan, usah kita lupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal waktu bersungguh dan berakhir dengan waktu lelah. Jika kita terkandas memandu keghairahan semangat dan azam, kita akan kecewa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Tetapi ingatlah, tidak pernah susah bermakna tidak sempurna, tidak pernah merasa payah bermakna tidak normal. Allah memberikan amanah mengikut kesanggupan hambaNya, natijahnya pula di bawah takdirNya. Bak bidalan, ‘menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi’.

Lalu di saat hati sedang kabur, lemah dan gelisah, carilah hikmah apapun yang ditenun di dalam lembar Al Quran. Rupa-rupanya kisah Nabi Yunus A.S yang jarang dijadikan bahan sebutan, memberi seribu pengertian dalam kehidupan seorang da’ie.

Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia

Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina

Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati
Ke tepi pantai seorang diri

Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan

Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira

Sedarlah Baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya

Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan dirii. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana setiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” – Surah Ali ‘Imran:139, Al Quranul Karim



APABILA SYAITAN MENULIS

Semalam aku melihat kamu semasa engkau memulakan aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Malah, kau juga tidak mengucapkan “Bismillah” sebelum makan, juga tidak sempat mengerjakan solat Isyak sebelum berangkat ketempat tidurmu.

Kau benar-benar orang yang bersyukur, Aku menyukainya. Aku tidak dapat mengungkapkan betapa aku sangat gembira melihatmu tidak mengubah cara hidupmu.

WAHAI SI BODOH, KAMU MILIKKU…!

Ingat ,kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum dapat benar-benar mencintaimu. Malah aku masih membencimu, kerana aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalasnya.

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rancangan untukmu di masa depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita boleh bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati Allah Aku benar-benar berterimakasih padamu, kerana aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa² yang kita jalani.

Kita melayari web ‘porno’ bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangnya, memfitnah, manghakimi orang, menikam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, tidak menghargai Masjid, berperangai buruk. TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

AYUHLAH SI BODOH, KITA TERBAKAR BERSAMA-SAMA, SELAMA-LAMANYA.

Aku masih memiliki rancangan-rancangan hangat untuk kita. Ini hanya merupakan surat penghargaanku untukmu. Aku ingin mengucapkan ‘THANK YOU’ kerana kau sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku mentertawakanmu. Semasa kamu tergoda berbuat dosa, kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan teruslah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabuk, berbohong, berjudi, memfitnah dan hiduplah dengan seego mungkin. Lakukan semua ini di depan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak juga akan menuruti jejak langkahmu.

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa saat lagi untuk menggodamu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Kerana kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Sumber: CahayaIslam.Net

Sedih

sedih..sedih..sedih.. 
sedih melihat fitnah di akhir zaman yg kian membarah..
ya Allah, Engkaulah sebaik2 perlindungan..
Engkaulah sebaik2 pergantungan..
tunjuki kami jalan yang lurus.. (-_-)

~Rasulullah pesan pd umatnya jangan tinggalkan Al-Quran dan sunnahnya.
Namun, sejauh mana sunnahnya diamalkan?? Sejauh mana amalan kita keranaNya?? adakah kita benar2 berada di landasan yg benar..?
ya Allah..banyak yang harus diperbaiki.. 
ighfirli ya Allah.. ighfirli ya Rabb..

Apakah kalimah syahadah hanya sekadar meniti dibibir shj... sejauh mana cintaku pada Allah dan Rasul..

'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk Allah..'

berusahalah, agar kelak tiada sesalan di kemudian harinya... teruskan matlamat mencari redhaNya..!

~peringatan ini ditujukan khas untuk diri ini yang sering lupa dan lalai.. 

OBSESI DIRI, RITUAL DAN MUJAHADAH

INSIDEN 1 :

Saya sering ditanya, “mengapa orang yang solat masih melakukan kejahatan? ” Saya jawab, “kerana solatnya tidak berkesan.”

Kemudian saya ditanya lagi, “mana lebih baik solat yang tidak berkesan atau tidak solat langsung?” Saya menjawab, “soalan itu tidak tepat.”  ”Apa yang tepat?” tanyanya semula.

“Yang tepat ialah mana yang lebih buruk, solat yang tidak berkesan atau tidak solat langsung.” Langsung tidak solat adalah lebih buruk daripada solat tidak berkesan. Sekurang-kurang dengan mula solat, kita telah menemp[uh satu jalan untuk menyempurnakannya.

INSIDEN 2:

Ada yang bertanya, “mengapa ada orang yang mudah percaya cerita-cerita yang ghaib di luar logik fikiran yang rasional.”

Jawab saya, “orang percaya kepada pembawa cerita, bukan kepada ceritanya.”

“Boleh percayakah kepada pembawa cerita?” tanyanya lagi.

“Lihat peribadinya. Jika berita yang dibertahu oleh orang yang memang terkenal kejujurannya.”

“Seperti Rasulullah saw?”

Saya  menggangguk.

“Kalau orang lain?”

“Lihat nas Quran dan hadisnya.”

“Tapi kalau kita tidak ada ilmu tentang nas dan hadis bagaimana? Nak terima atau tidak cerita ghaib itu?”

“Itu bukan soalannya.”

“Soalan apa?”

“Kita mesti dan wajib belajar tentang  Al Quran dan hadis, bukan berfikir tentang terima atau tidak cerita ghaib itu.”

“Mengapa?”

“Kenal kebenaran dulu, barulah kita boleh mengenal siapa yang cakap benar! Obsesslah pada ilmu, bukan pada obsess pada peribadi! “

INSIDEN 3:

“Bagaimana cara tercepat untuk jadi baik?”

“Tidak ada jalan pintas. Bukan senang nak senang.”

“Susah sangatkah nak jadi baik?”

“Susah nak jadi baik. Tetapi lebih senang daripada nak jadi jahat.”

“Macam mana?”

“Perlu lawan hawa nafsu!”

“Susah lawan nafsu. Kena lawan diri sendiri.”

” Ya begitulah. Membina mengambil masa, meruntuh sekelipa mata.”

“Maksudnya?”

“Jadi baik, perlu mujhadah. Mujahadah itu  pahit kerana syurga itu manis!”

Ya, begitulah saudara-saudari tiga insiden yang saya paparkan. Sebagai pencerahan mari kita lihat tiga kisah pendek sebagai percerahan kepada persoalan yang saya kemukakan itu. Semoga Allah berkati penulisan dan pembacaan kita… Amin.

1. RITUAL TANPA SPIRITUAL

Seorang ketua sami tinggal di dalam sebuah kuil besar dengan seekor kucing kesayangannya. Kedua-duanya sangat akrab. Ke mana sahaja ketua sami pergi, sikucing akan ikut bersama. Keadaan ini menimbulkan masalah pada ketua sami, terutamanya apabila dia hendak menyembah berhala besar di tengah-tengah kuil tersebut. Konsentrasi ketua sami terganggu apabila kucing kesayangannya itu mengelus-ngeluskan badan dan kepala ke badan dan tangannya. 

Setelah berfikir untuk mencari jalan penyelesaian kepada gangguan itu, akhirnya ketua sami mendapat satu ikhtiar. Setiap kali ketua sami ingin melakukan penyembahan di tengah kuil, ia terlebih dahulu mengikat sikucing di sebuah tiang di tepi kuil tersebut. Kucing itupun tidak dapat mengganggu lagi, dan ketua sami dapat menumpukan seluruh perhatiannya kepada upacara penyembahan itu.

Begitulah hari demi hari, minggu demi minggu, dan bulan demi bulan… Setiap kali hendak melakukan upacara penyembahan, ketua sami akan mengikat kucing kesayangannya di tiang yang sama. Perlakuan ketua sami itu selalu diperhatikan oleh pengikut-pengikutnya. Itu sudah menjadi rutin harian yang mereka lihat berulang-ulang kali. Setiap kali ketua mereka hendak menyembah berhala besar, kucingnya akan ditambat di tiang sebelah kuil tersebut.

Beberapa tahun pun berlalu… ketua sami tiba-tiba jatuh sakit dan tidak lama kemudian dia terus meninggal dunia. Ketua sami yang barupun dilantik untuk mengepalai upacara penyembahan berhala besar secara tradisi. Begitupun, setiap kali ketua sami yang baru hendak menyembah berhala yang besar di tengah kuil, beliau akan mengikat kucing kesayangan ketua sami yang lama pada tiang di sebelah kuil seperti kebiasaannya. Begitulah berlaku berulang kali, beberapa lama.

Tidak berapa lama, kucing kesayangan ketua sami lama itupun mati. Ironinya, ketua sami yang baru segera mencari kucing baru sebagai pengganti kucing lama untuk diikat pada tiang pada setiap kali ia hendak menyembah berhala. Begitulah rutin itu silih berganti, bertahun-tahun. Kucing baru dan ketua sami baru datang dan pergi silih berganti. Dan berpuluh-puluh tahun kemudian terciptalah satu ritual dalam agama tersebut bahawa jika ketua sami mereka hendak menyembah berhala mestilah dicari terlebih dahulu seekor kucing untuk ditambatkan pada tiang kuil di sebelah kuil tersebut!

Pengajaran:
Sering berlaku di dalam ajaran mana-mana agama (termasuk Islam), amalan-amalan ritual yang sarat dengan nilai-nilai spiritual telah terlindung oleh sikap ‘taklid’ secara membuta-tuli. Penganut agama yang di belakang hari, kerap mengikut secara Pak Turut tanpa mengerti sebab dan tujuan sesuatu amalan itu dilaksanakan. Tanpa disedari agama bertukar menjadi budaya dan syariat dianggap adat. Suatu amalan dibuat tanpa penghayatan dan pengertian lagi. Al hasil, ia tidak merubah perlakuan daripada buruk kepada baik
.

2. OBSESI DIRI

Seorang guru berkata kepada beberapa murid kanannya, “aku ingin melihat sejauhmana masyarakat percayakan aku.”
”Bagaimana caranya tuan guru?,” tanya anak-anak muridnya itu.
”Kau sebarkan berita yang aku telah berkata bahawa akan muncul seekor binatang besar di hujung kampung kita pada hujung minggu ini!”

Tanpa banyak soal, anak-anak murid tersebut pun ke luar ke seluruh pelusuk kampung menyebarkan berita yang mengatakan tok guru mereka meramalkan akan keluar binatang besar dari hujung kampung tersebut.
”Sebesar mana?” tanya orang kampung.
“10 kali ganda seekor gajah,” jawab salah seorang anak murid itu.
“Setinggi mana?”
“Setinggi bukit,” kata anak murid yang lain menambah-nambah.
“Matanya bersinar merah. Nafasnya berapi-api.”
Yang sejengkal jadi sehasta, yang sehasta menjadi sedepa. Dari mulut ke mulut berita tentang akan munculnya binatang besar itu menjadi tambah sensasi. Ada sahaja ‘edisi’ tambahan yang bukan sahaja datang daripada anak murid tok guru tetapi juga daripada orang kampung sendiri.

Hampir tiba hujung minggu yang dimaksudkan, seluruh penduduk kampung pun keluar beramai-ramai untuk menanti kemunculan binatang besar yang diramalkan. Masing-masing dengan persediaannya. Begitu meriah sekali. Mereka berarak ke hujung kampung beramai-ramai. Bersorak dan melonjak-lonjak, seakan berpesta.
“Tuan guru, mengapa tuan ikut serta dalam perarakan ini?” tanya seorang anak murid apabila melihat gurunya turut serta dalam perarakan orang kampung.
“Kenapa, tak boleh?”
“Eh, bukankkah tuan guru hanya mengada-ngadakan berita tentang kemunculan binatang besar ini?” balas anak muridnya seakan berbisik. Takut kedengaran pada orang lain.
“Ya, begitulah pada mulanya. Tetapi apabila ramai orang mula mepercayainya dan bersedia… terfikir pula olehku, manalah tahu berita ini benar-benar akan terjadi?” Murid-murid rapatnya kehairanan… Mereka benar-benar takjub, apakah berita tipu yang dicanangkan oleh tok guru itu turut menipu tok guru itu sendiri? Pelik!

Pengajaran:
Takjub pada diri sendiri menyebabkan ramai orang buta pada kebenaran. Sentiasa ada justifikasi yang datang dari dalam diri sendiri untuk mentafsirkan sesuatu mengikut apa yang diingini terjadi dengan menafikan realiti. Sudah hitam, masih dikatakan putih. Hanya kerana ego dan obsesi diri. Bukan berfikiran positif, tidak juga oleh kekuatan jiwa… cuma melampiaskan mimpi di persada ilusi.

3. MENCARI SENANG DI DALAM SENANG

Diceritakan satu malam, Ibrahim Adham, seorang raja sedang beristirehat di atas tilam empuk dalam istananya. Baginda bersenang-senang sementara menunggu melelapkan mata. Tiba-tiba terdengar seseorang sedang bergerak-gerak di atas syiling istananya. Makin lama, makin kuat kedengarannya.
”Siapa di atas tu?” bentak Ibrahim Adham.
“Saya, pengembala kambing…”
Kedengaran satu suara menjawabnya dengan jelas.
”Apa yang kau buat di atas atap istanaku?”
“Aku mencari kambingku yang hilang,” jawab suara yang tidak kelihatan itu lagi.
“Cis, pelik sungguh. Masuk akalkah kau mencari kambing yang hilnag di atas atap?”
“Begitulah wahai Ibrahim… adalah pelik kalau kau inginkan keredhaan Allah hanya dengan bersenang-senang di atas tilammu yang empuk itu. Itu samalah dengan mencari kambing yang hilang di atas atap!”

Diberitakan, selepas insiden itu Raja Ibrahim Adham tersedar daripada kelalaiannya. Suara itu menyentak kelalaiannya dalam buaian nikmat tanpa memikirkan kesusahan rakyat. Tidak lama selepas itu, baginda menyerahkan takhta kerajaannya kepada orang kepercayaannya manakala baginda sendiri mula mengembara mencari ilmu dan bermujahadah sebagai seorang sufi. Bertahun-tahun berjuang mendidik diri, derjat ketaqwaan meningkat hingga terkenallah baginda seorang seorang waliullah yang tersohor.

Pengajaran:
Tidak ada jalan mudah untuk mendapat kebahagiaan dan kejayaan abadi. Sesungguhnya, syurga sentiasa dipagari oleh kesusahan manakala neraka sentiasa dihiasi oleh kesenangan. Iman dan ujian, sentiasa lazim berlaziman. Tidak ada ganjaran tanpa ada kesusahan. Sebaiknya, hadapilah kesusahan yang sementara di dunia demi kesenangan yang abadi di syurga.

http://genta-rasa.com/2010/05/19/obsesi-diri-ritual-dan-mujahadah/#more-985

 

 Betulkan yang biasa, biasakan yang betul

Tazkirah: Akhlak, perbuatan baik 'auto-pilot'

Akhlak berasal daripada bahasa Arab `Khuluq' yang membawa kaitan dengan pekerti, tingkah laku dan perangai.

Dalam Islam, akhlak berkait rapat dengan nilai yang dihubungkan dengan ajaran Al-Quran dan sunah Nabi Muhammad S.A.W.

Selagi sesuatu perbuatan itu tidak bercanggah dengan kedua-dua sumber hukum tertinggi itu, maka ianya termasuk dalam perbincangan akhlak.

Imam Al-Ghazali mendifinisikan akhlak sebagai 'satu tindakan atau perbuatan yang terbit daripada diri secara berterusan, dan perbuatan itu lahir dengan mudah tanpa memerlukan kepada proses berfikir'.

Manakala Sheikh Dr. Fathi Yakan dalam sebuah buku karangannya bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut Islam, meletakkan 'akhlak yang mulia itu adalah objektif paling utama Islam' sejajar dengan apa yang diungkapkan oleh baginda Rasulullah S.A.W melalui sabdanya yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku diutuskan oleh Allah SWT untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"

Perjalanan hidup seorang muslim belum sampai ke matlamat jika gagal menjadi seorang yang berakhlak.

Biarpun dia berakidah dengan akidah Islam, beribadah dengan Ibadah Islam namun ianya masih belum sempurna tanpa satu lagi aspek iaitu akhlak Islam itu sendiri.

Untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Imam Al-Ghazali dalam pendifinisian beliau tentang akhlak, mari kita melihat kepada dua situasi berikut.

Situasi pertama:

Ahmad ditakdirkan terserempak dengan seorang peminta sedekah ketika berjalan menuju ke stesen komuter lantas terdetik dihatinya untuk memberikan wang kepada peminta sedekah itu.

Dia kemudiannya menyedari yang dia hanya memiliki sekeping RM10 dan memerlukan separuh dari jumlah itu untuk tambang pulang ke rumah.

Setelah berfikir tentang jumlah yang wajar disumbangkan, akhirnya dia menghulurkan wang RM10 tersebut kepada peminta sedekah dan meminta dikembalikan semula RM5 kepadanya.


Situasi kedua:

Azman seorang pramugara kepada sebuah syarikat penerbangan.

Mengikut profesyen dan etika kerja syarikat, Azman dikehendaki mengukir senyuman kepada setiap penumpang di dalam penerbangan bersamanya.

Sikap Azman itu bagaimanapun berbeza bila pulang ke rumah.

Senyuman sama jarang-jarang diberikan kepada anak dan isterinya.



Setiap manusia mempunya banyak sebab untuk berbuat kebaikan.

Namun perlu difahami bahawa tidak semua di antara kebaikan yang dilakukan itu boleh dikategorikan sebagai akhlak, mengapa?

Mari kita fahami dari kedua-dua situasi yang dikemukakan di atas tadi.

Pada situasi pertama, secara amnya Ahmad telah melakukan kebaikan kerana memberikan sumbangan kepada seorang insan yang memerlukan bantuan iaitu peminta sedekah tersebut.

Namun jika diteliti dengan lebih cermat, perlakuan baik Ahmad itu belum dapat dikategorikan sebagai berakhlak kerana Ahmad masih menggunakan proses pemikiran untuk menentukan jumlah yang mahu diberikan kepada peminta sedekah tersebut.

Sedangkan dalam pengertian akhlak itu menyebut 'perbuatan itu lahir dengan mudah tanpa memerlukan kepada proses berfikir'.

Pada situasi kedua pula, tindakan senyum Azman sewaktu menjalankan tugas itu merupakan satu perbuatan yang baik, apatah lagi ianya sesuatu perbuatan yang dituntut oleh Islam malah dikira sebagai sedekah.

Namun melihat kepada sikap berbeza Azman di tempat kerja dan di rumah, maka senyumannya ketika melayan penumpang belum boleh dikategorikan sebagai berakhlak.

Ia kerana perbuatan senyum Azman itu dilakukan atas dasar etika kerja dan bukan terbit dari diri sendiri tanpa memerlukan proses berfikir.

Secara kesimpulannya, akhlak adalah perbuatan baik (tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Sunah), yang dilakukan tanpa syarat.

Atau dengan kata lain, perbuatan baik yang 'auto-pilot'.

Sumber: Kuliah kitab 'Apa Ertianya Saya Menganut Islam' disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Jamil (http://saifulislam.com)

Bila Hati Berbicara...

Aku:
Wahai hati yang disayangi, mengapa aku melihat engkau bermuram durja hari ini? Ceritakanlah padaku masalahmu.

Hati:
Bagaimana aku tidak bermuram durja ya sahabat, perut aku belum diisi dengan bacaan Quran lagi hari ini. Maka, kenyangkanlah aku dengan bacaan kalamNya. Aku sangat memerlukannya.

Aku:
Wahai hati yang dahulunya sihat,merah laksana delima, mengapa hari ini aku melihat engkau pucat? Tidak bermaya. Lesu.Tidak seperti semalam.

Hati:
Ya akhi,semalam dan hari ini tidak sama. Semalam engkau bertahajjud dan sujud serta menangis didepan Allah tetapi hari ini? Dimana tahajjudmu hari ini? Bagaimana aku tidak lesu dan lemah sedangkan aku tidak diberi kekuatan.

Aku:
Wahai hati yang sentiasa ceria,mengapa hari ini engkau menangis? Apakah ada sesuatu yang menyebabkan engkau begini?

Hati:
Bagaimana aku tidak menangis ya empunya diri. Hari-hari sebelum ini engkau solat berjemaah bersama-sama sahabat. Tetapi kali ini? Aku menangis merenung nasib  malang aku mempunyai tuan seperti engkau. Ceriakan dan gembirakanlah aku kembali dengan solat berjemaah bersama-sama sahabatmu.

Aku:
Wahai hati yang sentiasa ku rindukan, aku pelik melihat kelakuanmu hari ini. Biasanya pada wajahmu terlakar seribu senyuman yang amat ku dambakan. tetapi mengapa hari ini tidak lagi begitu? Berceritalah padaku apa yang terjadi.

Hati:
Baiklah.Dengarlah rintihanku ini. Aku amat rindukan engkau yang dahulu. Sering berzikir dan bersedekah. Aku terkenangkan engkau yang amat pemurah ketika itu. Mengapa engkau berubah hari ini? Aku menderita. Aku dambakan kembali ketenangan ketika engkau berzikir dan bersedekah. Maka, aku merayu padamu agar kembalilah mengingati Allah dan lazimkan dirimu dengan sedekah nescaya senyuman aku akan kembali.

Berkata seorang ulama, Ibrahim al Khawas RA:

Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara,maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya bacalah Al Quran dengan menghayati isi kandungannya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang soleh.

 

10 Wasiat Hassan Al-Banna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha

Penyayang.

 

1) Wahai kawanku,

Segeralah tunaikan solat diawal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber

Kejayaan Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber

taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran.

...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat...Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan

cemas.

 

2) Wahai kawanku,

Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan.

Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu

berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman

Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

 

3) Wahai kawanku,

Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka

pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

 

4) Wahai kawanku,

Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?

Syaitannnn namanya !!!

 

5) Wahai kawanku,

Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah

disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa !

berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

 

6) Wahai kawanku,

Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah

kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair :

Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

 

7) Wahai kawanku,

Kawallah nada suaramu.Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakiti hati orang lain pula!!!

Luqman Al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula

Merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

 

8) Wahai kawanku,

Usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain

Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi

kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi

sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syarie.

-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi

-untuk menghapuskan kemungkaran

-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan

-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

 

9) Wahai kawanku,

Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan dating berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama

menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

 

10) Wahai kawanku,

Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masam penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah,

kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

 

Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan...


Mencari Kedamaian Jiwa di Dunia yang Bergelora


Mencari Kedamaian Jiwa Di Dunia yang Bergelora

1) Sedar ALLAH yang lebih tahu baik atau buruknya sesuatu untuk diri kita.

…Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu: dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan ALLAH menetahui, tetapi kamu tiada mengetahui…

Surah Al-Baqarah : Ayat 216


2) Faham kesusahan hidup menandakan rindu ALLAH kepada kita.

…Apabila ALLAH telah mencintai hambanya, maka ALLAH turunkan bala ke atas hambaNYA itu dan ALLAH ikatkan balaNYA ke atas hamba tersebut. Apabila hamba itu berdoa, maka para malaikat pun berkata: Wahai Tuhanku, sampaikan hajat hambaMU itu: Usah campuri urusan hambaKU itu. Sesungguhnya AKU cinta dan sayang mendengar suaranya berdoa dan bermunajat. Apabila hamba itu berkata: Wahai Tuhanku! Maka ALLAH menjawab: Selamat dan berbahagialah wahai hambaKU. Tidak kamu seru sesuatu melainkan AKU perkenankan buatmu..

(Sabda RAsulullah SAW)


3) Sedar akan pesan ALLAH supaya kita tidak berputus asa dari rahmatNYA.

…Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari rahmat ALLAH, melainkan kaum yang kafir…

Surah Yusuf : Ayat 87


4) Mengerti akan pergiliran keadaan hidup anda yang ditentukan ALLAH.

…Jika kamu (dalam perang uhud) mendapat luka, sesungguhnya kaum (musyrik) itu pula mendapat mendapat luka yang serupa (dalam perang Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan dan kekalahan), KAMI pergilirkan di antara sesame manusia..

Surah Ali ‘Imran: Ayat 140


5) Dapat merasai pertolongan dan rahmat ALLAH itu hampir.

…Bilakah (datangnya) pertolongan ALLAH? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama ALLAH)…

Surah Al-Baqarah: Ayat 214

 

 

  Kasih Allah tiada bertepi, Sayang Allah janjinya pasti