Cuti cuti

alhamdulillah..

selesai beberapa perkara yang perlu diselesaikan..

malam ni excited nak balik kampung.. actually, dari smlm lg dah start2 belek album si amni najihah.. ok, ma makna? hihi..

seriously, sblm beli tiket tak rasa pun excited nya.. :) balik seminggu kan..

well, macam biasa.. ada beberapa perkara yg tak settle lagi.. so, kena bawa balik rumah la kan..

actually, ada perkara yang menyebabkan hati ni rasa berat nak balik rumah walaupun sebenarnya melonjak2 rasa nak balik.. berkenaan janji yang akan dituntut.. ya Allah, Engkau lebih mengetahui hati2 ini..
mak,abah.. hanya redha kalian ku pohon.. restuilah setia keputusan anakmu ini.. bersabarlah sehingga segalanya selesai.. insyaAllah.. bi iznillah..

berapa banyak perkara da..

kesimpulannya, banyak perkara la kan yang ada dalam kepala ni termasuk yang tak tecatat.. nak cepat, satgi tertinggal bas pulak.. hikhi..

simboliknya gambar.. hehe


hopefully, segala urusan dipermudahkan.. amin ya Rabb..

Bulatan Gembira kami ^_^

Hari ni ber'temu' di rumah makcik Meriani.. Alhamdulillah, makanan rohani terisi.. nak point pada satu word yang kami bincangkan tadi.. salah satu nama Allah daripada  99 namaNya iaitu AS-SYAKUR (YANG MAHA MENSYUKURI).. Bila lihat semula pada nama ni, what will be in our mind is 'Allah bersyukur? macamana tu? kan Allah Maha segala-galanya, kenapa perlu bersyukur..'
 Yang dimaksudkan adalah Allah memuji sesiapa yang mentaatiNya, tanda Allah gembira bila kita hargai nikmatNya. Allahurabbi, sedangkan Allah bersyukur dengan segala sesuatu.. inikan kita yang selalu mengharap sesuatu kepada Allah tapi tak mahu bersyukur dengan nikmatNya yang tak terhitungkan.. 


Bila kaji semula satu persatu nama-nama Allah, sungguh terasa diri ni kerdil sangat.. tak punya apa-apa.. tiada satupun milik kita.. semuanya dari Allah.. sungguh Allah itu Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pengampun..etc.. Jadi, takda alasan untuk kita sombong kat dunia ni kan.. muhasabah bersama 

 Allah, buka2 je blog, terus dapat notification dr multiply saying that, 
 From December 1st, we will unfortunately no longer be able to support Multiply in its current form.
hmm.. kena mula kerja2 pemindahan la nampaknya.. 

UJIAN ITU JALAN UNTUK MENGENAL ALLAH


Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, teta
pi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.

Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya... bersangka baiklah kepada Allah..


 masyaAllah, sgt terkesan dengan kata2 ni.. melalui detik2 yg sukar selepas pulang dr kenduri di mata ayer. Allahurabbi, maafkanlah mereka dgn kata2 mereka. Allah lebih mengetahui.. sejuk sikit hati slps mengadu dgnNya dan baca statement di atas. Ya Allah, ikhlaskan hati kami dlm mencari redhaMu.. 

hati ini..

bismillah..moga ini keputusan yg terbaik.. tanggungjawab melebihi kehendak hati.. sahabatku, fahamilah sebelum menilai.. 
Ya Allah, Engkau lebih mengetahui hati ini.. damaikanlah jiwa ini.. redha dan ikhlaskanlah diri ini dalam menerima ketentuanMu.. Amiin ya Rabb

sejujurnya..hati ini masih berat menerimanya.. ighfirli ya Allah... bukan niat hambaMu tidak redha dengan keputusan ini.. tp sungguh aku merasakan tanggungjawab ini terlalu berat untuk dipikul.. ya Allah.. ihklaskan hati ini ya Rabb



memori itu

seharian di alor setar mencari sponsor untuk program nisa' mac ni.. seraya mengingatkan kembali kenangan berpraktikal sy di ibu kota kuala lumpur, bandar sri permaisuri.. allahurabbi..praktikal yang berguna krn sy sdg mempraktikkan salah satu skill nya iaitu communication skill (^_^) Sudah lama tidak diasah, skill nya semakin tumpul..hehe 
Dari 1 syarikat ke 1 syarikat mempromosikan produk syrkt.. tentunya banyak ragam yg terlihat sewaktu menerima kehadiran kami.. yg mesra, dgn senyuman manisnya.. x kurang jg yg kurang mesra layanannya, mungkin mahu mempamerkan karisma.. begitulah realitinya.. hanya senyuman yg mampu diukir.. tak mungkin masam dibalas masam..
kenderaan harian kami pula lrt, star, komuter.. hampir setiap hentian kami berhenti mencari potential company. habis tugas, kami ber'silaturrahim' di kompleks beli-belah. 

#cukuplah tu.. sekadar mengimbau kenangan yg x mungkin dilupakan.. (^_^)



#terima kasih kpd shbt yg byk membantu semasa praktikal, cikla, chewe n ila...

#time ni sy baru lps pulih dr sakit dan meneruskan praktikal slps menangguh 1 sem..sakit yg sepatutnya memerlukan rehat tanpa byk bergerak.. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang bernafas hingga ke hari  ini..

#satu perkara yg mengecewakan, tiada kamera canggih utk dirakam.. byk tempat menarik, ragam manusia, memori indah bersama shbt2 yg x terakamkan... hanya mengharapkan kamera handphone yg terhad memorinya dan resolusinya.

#kami menyewa di flat berdekatan bandar tasik selatan (BTS). Setiap pg berjalan ke terminal lrt hampir 5 minit. Mujur waktu pejabat kami bermula 9 pg. Kurang berebut berbanding mereka yg bekerja seawal 8 pg. Seperti tin sardin layaknya.. hehhe

#Biasanya sy akan pulang ke kg halaman (PD) setiap minggu.. Bersedialah berada dlm keadaan sesak pd pg isninnya.. bertolak menaiki komuter dr seremban ke Salak Selatan, atau berhenti di BTS dulu, kemudian menaiki lrt ke salak selatan. Hanya Allah mengerti perasaan sy menerima keadaan sesak yg menyesakkan! Cukuplah merasai pengalaman berada dlm kesibukan kota raya sewaktu praktikal.

#sgt seronok bila diberi peluang berada di kawasan2 tumpuan manusia spt KL sentral, masjid jamek, klcc, pwtc, bukit bintang, putrajaya, etc. byk pengalaman dan pengajaran yg diterima.. yg baik kelihatan janggal, yg buruk kelihatan biasa, itu realiti apabila berada di KL. Hanya iman yg mampu membezakan.

sudah la tu.. pg ni perlu diteruskan misi mencari sponsor di sekitar perlis pula. Moga dipermudahkan. amin 

beginilah kualiti gambar yg dirakam..  but still bermakna! 

Sedih

sedih..sedih..sedih.. 
sedih melihat fitnah di akhir zaman yg kian membarah..
ya Allah, Engkaulah sebaik2 perlindungan..
Engkaulah sebaik2 pergantungan..
tunjuki kami jalan yang lurus.. (-_-)

~Rasulullah pesan pd umatnya jangan tinggalkan Al-Quran dan sunnahnya.
Namun, sejauh mana sunnahnya diamalkan?? Sejauh mana amalan kita keranaNya?? adakah kita benar2 berada di landasan yg benar..?
ya Allah..banyak yang harus diperbaiki.. 
ighfirli ya Allah.. ighfirli ya Rabb..

Apakah kalimah syahadah hanya sekadar meniti dibibir shj... sejauh mana cintaku pada Allah dan Rasul..

'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk Allah..'

berusahalah, agar kelak tiada sesalan di kemudian harinya... teruskan matlamat mencari redhaNya..!

~peringatan ini ditujukan khas untuk diri ini yang sering lupa dan lalai.. 

hidup ini....

sy kira bulan oktober adalah bulan yg sgt kritikal bg sy.. buktinya.. lihat sj pada artikel yg di post dlm bulan oktober.. semuanya  berkait soal emosi..hmmm... kena kahwin ni.. biar stabil skt emosi tu.. ngeh3~
emosi bercampur baur...rasa nak hilangkan diri dr pndgn org spy tiada yg marah dan kecewa dgn sikap ni.. spy tak menyusahkan org.. spy ikhlas ni tidak teruji.. etc..etc...huhu..

hmm.. what to do.. jauh di sudut hati ni, keeps remind me that life must be go on no matter what.. terima kasih juga kpd ukhti dan sahabiah2 yg byk membantu...  uhibbuki fillah...


  jln menuju syurga itu sukar dan panjang.. hadapilah ia dgn tenang dan sabar..

berusahalah..

this is my first try using 'paint'...

haha..kelakar la plk.. ini bkn doodle

ok, maybe that is to simple..
let's take a look for the second try (using 'paint' too)...

erk..mana kaki.. hehe


and the third one... but still with the same picture..

niatnya nak buat seperti sedang berdoa.. mcm xda rupa la plk.. 

hmm.. bolehlah.. 
next stage.. saya akan cuba utk hasilkan doodle seperti di bawah ni...



hmm..macamana ya.. kena guna photoshop la nampaknya.. ottoke..huhu...

  belajarlah norita selagi mampu.. belajarlah kerana-Nya...

amni's story

ini antara aktiviti yg dilakukan amni masa raya lepas...jom kita intai...


first of all... mestilah bersalaman dgn rosdi's family.. baru dapat duit raya kan... isk3.. 

kunjung-mengunjung.. jumpa hafidh di rombau.. jumpa tok busu di kolo pilah... 

since atok noh beraya dekat PD tahun ni, so, saudara mara belah abah berkumpul kat sini.. tp, amni lambat sampai.. masih beraya kat kg bagan pinang... 

favourite part dia, posing.... 

si comel amni.. tudung ni acu dia beli ms kat pekan rabu.. punya semangat ms awal2 pakai.. tp sygnya terbeli yg kecik.. lucu bila ingt dialog amni, "bu, kenapa tudung ni ibu" dengan nada kesian dia.. ingt nk bg si pemakai semngat bila pakai tudung comei tu.. hmm..x pakai dah la lps ni.. amni2.. 

tgk tv.. erk..ok..yg ni disuruh posing.. 

main game... purple place..pandai dia buat kek ikut bentuk yg diberi.. sibuk acu dia nk bagitahu mcmna nak main.. rupanya, 'saya dah tahu lama la acu'.. 

dan......tidur..

itu je la aktiviti amni time raya haritu.. hmm.. seronok ya jd budak2