Terima Kasih Ayah Ibu...


Alhamdulillah...msh dlm minggu exam skrg ni... insyaAllah,1hb ni start paper. Dah berada di w.ulu sejak 23hb lg. Gembira masih berbaki bila dpt beraya dgn anak buah tersayang. Amni Najihah, terasa tenang melihat dirimu lena diiringi alunan zikir. Melihat keadaan kakakku samalah seperti melihat keadaan ibuku semasa melahirkanku. Ayah ibu, maafkan diri ini sekiranya diri kalian pernah terluka... Semoga kalian sentiasa di bawah rahmatNya...Amin...

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu dan berbakti kepada kedua ibubapaku. Ya Allah,ampunkanlah dosa kedua ibubapaku,
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil, bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu,
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah, terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka, kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh" kepada mereka. Didikan dan asuhan mereka ku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku berjaya kini, keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku, kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku, tidur malam mereka aku ganggu,
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku, tidak pernah mereka mengadu letih,
tidak pernah mereka mengadu sakit, lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan
kepadaku, harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku, namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah, kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah,
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku. Ya Allah...ampunilah mereka, kasihilah mereka sebagaimana mereka mangasihiku...Amin Ya Rabbal 'Alamin...

 Uhibbukum fillah...

BuaT UkHtiku...

Bismillahirrahmanirrahim... Hehe...rasa ringan je tgn ni nak upload sesuatu... Al-maklum la, suma dah blk kg utk beraya..sy je yg msh setia kat w.ulu lagi.. plus, laju semacam je line internet ni... 

Ukhwah itu dihati, andai bersendirian pasti menemani... Tiba2 teringat pd ukhti2 ku.. Semoga kalian sentiasa di bawah rahmat-Nya..

ukhtie,
aL awaL…
syUkUr ku rafakkAn pada-MU
kerNa dengAn taQdir-NYA
kita dipertemukan
bermULa bait-bait uKHwaH
Lantas persis jaLiNan mAHAbbah terLestari

ukhtie,
Mengenalimu sUatu raHmAt
Yang tak dapat diungkai dengan kaLAmku
Yang tak bisa didentifikasikan dengan firasatkU
Yang tiada hArga niLainya
Yang hadir sepiNtas angin bayU
menyuLam seUraT kAsih, caLitAn gemersik rindU

ukhtie,
hadirmu membawa ‘NUR’ hidupku
menebar iLmu nan secaLit didadakU
menitip tazkirah kaLa ku terLeka
Lalu, ku tUnduk tawadUk suJud pada-MU
Mencari erti hidup yang haKiki

ukhtie,
gerak Langkahmu menggamit kekagetankU
peribadimu, pendirianmu..
meruntun jiwa sanubariku
ku cuba mentafsir perihaLmu
ku sedaya mengadaptasikan “ QUDWAH HASANAH”
menyeLami akhLak ISLAMIAH yang sejati

ukhtie,
Hidup ini umpama rOda yang berputar
Ada air pasang sUrutnya..
Andaiku kutersAsAr, terjatUh..tersUngkUr..
tUntUniLah daku..
jernihkAnLah keLodak nan kerUhku..
agarkU tidak didOdOi dengan arUs dUniawi

ukhtie,
Secangkir kALam darimU
Sebaris SMS darimU
Bisa mengubati duka sUraMku
Bisa menyeMai aUrA semangatkU
Bisa mencAnTas sifat MahMudaHku
agAr keLak, ku senantiasa dalam LembAyUng-MU

ukhtie,
mUnAjatku agar dirimu dalam bArAkAh-NYA
diLimpahi nikmat wa rezeki dari-NYA
moga siLatUrrAhim terUs tersiMpUL erAt
UkHwAh fiLLah abAdAn abAdA

ukhtie,
akhiran…
syUkrAN jAziLan jemari dihULur
mAAttasif jiDDAn mOhOn disUcikaN
cebisAn nOstaLgia terLakar dijiWA
keNangan terpAtri tercipTa memOri…


  ~Selamat Berjuang~

Tautan Hati-Novel Islamik

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Other
Author:Fatimah Syarha Mohd Noordin
*X baca lagi...tp teringin utk berkongsi dgn shbt2..hehe...
Tautan Hati merupakan novel hasil karya Fatimah Syarha Binti Noordin, Novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006. Ia mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Asiah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya. Ramai di antara rakan-rakannya yang tertarik dengan keperibadiannya yang tinggi. Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya. Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini.

Hmm.. dah tgk skjp novel ni,shbt beli.hehe.. Jln cerita dan wataknya hampir sama dgn cerpen Hatiku Milikmu. Cuma terdapat sdkt perubahan dr segi jln cerita dan penambahan watak dlm novel ni. Tiba2 rs x mnt kpd novel cinta walaupun berbentuk Islamik.. knp ya? mgkin blm bersedia.. hmmm...

Untuk SaHaBaT


 

Di hati bersama mengembara
Tiba masanya tika saatnya kuterasa
Meredah lautan kasih sinar iman yang
subur
Redup menyinar hati sanubariku
Kutabahkan hatiku dibuang berkelana
Gerimis hati terpaku sukma
Semoga hidayah-Nya kan terus
menyinar
Penuhi alam kegelapan
Berikan kekuatan dalam mencari sinar
Di jalan ini kuhadapi duka dan sedu sepi
Bersama teman harungi perjuangan
Biarpun kekurangannya ada takkan ku
gundah
Kita akan bersama menempuh
segalanya
Bersatu hati mendamaikan jiwa yang
keluh resah
Janji patri bersama ikatan teguh setia
Berjaya menuju gerbang impian
Kita harapkan
Di hati kita bersama...
Di hati kita melangkah...
Jangan dipisahkan kasih bersaudara...
Jangan didendamkan ukhwah yang
terbina...

 (Di Hati - De Hearty)

...........................
......BERSAMA....
...MELANGKAH
!.

...........................


Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa,
Dalam kesempitan hidup, ada keluasan ilmu....
HIDUP INI INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH....
Hargailah bila bersahabat,
Sayangilah bila bersama,
Maafkanlah bila terluka,
Rinduilah bila berjauhan,
Nasihatilah bila terleka,
Tegurilah bila tersilap,
Manisnya bersahabat kerana ALLAH

 

 

 "Sesungguhnya doa seorang muslim untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya adalah mustajab. Disisinya terdapat malaikat untuk saudaranya, bila dia mendoakan saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat akan mengaminkannya" 

( Hadith Riwayat Ahmad )

 

 

1 new message...


"Salam.. Ita dpt anak buah perempuan. ayong dah selamat menjalani pembedahan... Alhamdulillah.. :-)"

10/10/07-28 Ramadhan 1428-4.20am

Ya Allah, gembira bkn kepalang bla dpt msg ni. Alhamdulillah.. Malangnya, xdpt bersama2 dgn mrk sbb msh lg kat hostel. Nak call,kredit xdak.. Hanya Allah yg tahu betapa bersyukurnya diri ini dpt anak buah... Al-maklum la, anak buah pertama... hehe..Nama apa ek... Ya nur, tunggu maksu pulang ya.

 

JaDilaH GraDuaN UniVeRsiTi RaMaDhaN Yg HeBaT

Ustaz Zainudin Hashim
Mon | Oct 08, 07 | 2:54:57 pm MYT
 
Alangkah bahagia dan gembiranya pasangan kedua ibu bapa, apabila mendapat tahu bahawa anak mereka berjaya dalam pengajian dan pendidikan, apatah lagi cemerlang dengan keputusan yang memberangsangkan.

Maka layaklah anak mereka digelar sebagai graduan atau mahasiswa serta layak menghadiri upacara kemuncak iaitu hari konvokesyen yang penuh bersejarah.

Graduan yang hebat bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, malah cemerlang dalam segenap tindakan, tutur-kata, budi bahasa bukan hanya ketika berada di kampus universiti, malah ia menjadi darah daging sepanjang hidup.

Begitulah dengan umat Islam yang menjalani ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadhan, mereka sedang berada dalam sebuah universiti yang menawarkan pelbagai pengajaran yang terdiri daripada Tarbiah Ruhiyyah (kerohanian), Tarbiah Nafsiah (kejiwaan seperti mendidik mjadi orang yang bersabar), Tarbiah Imaniah (keimanan hingga meraih golongan bertakwa yang merupakan kemuncak daripada matlamat berpuasa), Tarbiah Aqliah (membentul akal agar sentiasa positif kepada Islam seperti menitik-beratkan motivasi al-Quran) di bulan Ramadhan.

Apabila kesemua bentuk tarbiyah itu diadun dalam satu diri muslim yang komited dengan Islam khususnya pada bulan Ramadhan, ditambah dengan penggarapan ilmu menerusi program tazkirah, maka akan lahirlah insan muslim yang bertakwa sungguh-sungguh kepada Allah SWT, iaitu dalam erti kata takwa yang menjadikannya takut kepada Allah, beramal dengan segala perintah-Nya di dalam al-Quran, reda terhadap qada’ dan qadar-Nya serta bersiap-siap dengan bekalan untuk menghadapi-Nya.

Insan muslim seumpama ini tidak akan keluar daripada Universiti Ramadhan menjadi orang yang menentang hukum-hakam Allah SWT, kerana maksud menentang dalam bahasa Arab ialah orang yang kafir, istilah kafir bukannya ditujukan kepada mereka yang belum Islam, kerana bukan semua yang belum Islam menentang kebenaran Islam, malah ia lebih ditujukan kepada orang yang menentang Allah, kerana yang membaca al-Quran adalah terdiri daripada yang bernama, yang bukan Islam tidak akan membacanya, justeru dia lupa untuk memperhalusi ayat 101 surah Ali ‘Imran yang bermaksud: "Bagaimana kamu boleh jadi kafir (golongan penentang), sedangkan kamu baca al-Quran dan Rasulullah bersama dengan kamu?"

Merekalah golongan yang sebenarnya layak untuk memeriahkan serta menyambut malam konvokesyen iaitu malam hari raya kerana hampir sebulan mereka melakukan amal-amal ibadat yang seolah-olah mengembalikan mereka kepada fitrah ('Idul Fitri) yang tidak berdosa bagaikan baru lahir daripada perut ibu-ibu mereka.

Seterusnya mereka tidak sekali-kali reda untuk terlibat dalam perkara yang merosakkan malam raya, kerana mereka sedar bahawa orang yang merosakkannya menerima akibat (implikasi) hati yang mati, sedangkan hati yang mati tidak akan dipandang oleh Allah SWT, firman-Nya dalam surah as-Syu'ara ayat 88-89 bermaksud: "Di hari (kiamat) harta dan anak pinak tidak berguna, melainkan orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera (hidup) dengan Islam."

Graduan-graduan Ramadhan yang cemerlang akan menghidupkan malam hari raya dengan bertakbir, berzikir, membaca al-Quran, bersolat sunat, mereka sekali-kali tidak akan reda membasahi bibir dengan perkataan yang sia-sia.

Mereka sedar bahawa lafaz-lafaz takbir mengandungi maksud tarbiah ruh dan iman yang kental yang mampu membawa mereka mencapai status insan-insan yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT.

 Berusaha mencari redha-Nya...

-28 Ramadhan 1428-

Mencari Kedamaian Jiwa di Dunia yang Bergelora


Mencari Kedamaian Jiwa Di Dunia yang Bergelora

1) Sedar ALLAH yang lebih tahu baik atau buruknya sesuatu untuk diri kita.

…Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu: dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan ALLAH menetahui, tetapi kamu tiada mengetahui…

Surah Al-Baqarah : Ayat 216


2) Faham kesusahan hidup menandakan rindu ALLAH kepada kita.

…Apabila ALLAH telah mencintai hambanya, maka ALLAH turunkan bala ke atas hambaNYA itu dan ALLAH ikatkan balaNYA ke atas hamba tersebut. Apabila hamba itu berdoa, maka para malaikat pun berkata: Wahai Tuhanku, sampaikan hajat hambaMU itu: Usah campuri urusan hambaKU itu. Sesungguhnya AKU cinta dan sayang mendengar suaranya berdoa dan bermunajat. Apabila hamba itu berkata: Wahai Tuhanku! Maka ALLAH menjawab: Selamat dan berbahagialah wahai hambaKU. Tidak kamu seru sesuatu melainkan AKU perkenankan buatmu..

(Sabda RAsulullah SAW)


3) Sedar akan pesan ALLAH supaya kita tidak berputus asa dari rahmatNYA.

…Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari rahmat ALLAH, melainkan kaum yang kafir…

Surah Yusuf : Ayat 87


4) Mengerti akan pergiliran keadaan hidup anda yang ditentukan ALLAH.

…Jika kamu (dalam perang uhud) mendapat luka, sesungguhnya kaum (musyrik) itu pula mendapat mendapat luka yang serupa (dalam perang Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan dan kekalahan), KAMI pergilirkan di antara sesame manusia..

Surah Ali ‘Imran: Ayat 140


5) Dapat merasai pertolongan dan rahmat ALLAH itu hampir.

…Bilakah (datangnya) pertolongan ALLAH? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama ALLAH)…

Surah Al-Baqarah: Ayat 214

 

 

  Kasih Allah tiada bertepi, Sayang Allah janjinya pasti