Hasil Pentarbiyahan...


sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. kemudian mata mereka tertumpu kepada cawan yg cantik.
'lihat cawan itu,'kata si nenek kepada suaminya.'kau betul,inilah cangkir tercantik yg pernah aku lihat' ujar datuk.
pada ketika mereka mendekati cawan itu,tiba-tiba cangkir yg dimaksudkan berbicara:-
'terima kasih. untuk perhatian anda,perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik.sebelum menjadi cawan yg dikagumi,aku hanyalah selonggok tanah liat yg tidak berguna. namun suatu hari ada seorg penjunan dgn tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. 'Stop!Stop!' aku berteriak. tetapi org itu berkata, 'Belum!'Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang.

'Stop!Stop!' teriakku lagi.tapi org ini masih saja meninjuku,tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api.

'Panas!Panas!' teriakku dgn kuat. 'Stop!Cukup!'teriakku lagi. tapi org ini berkata ,'Belum'. akhirnya dia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. aku fikir,selesailah penderitaanku.
oh ternyata belum. setelah sejuk aku diberikan kpd seorg wanita muda dan ia mula mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. 'Stop!Stop!' aku berteriak. wanita itu berkata, 'Belum!'. lalu ia memberikan aku kpd seorg lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yg lebih panas dari sebelumnya. 'Tolong! hentikan penyiksaan ini!, sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. tapi org ini tidak peduli dgn teriakanku.ia terus membakarku. setelah puas 'menyiksaku' kini aku dibiarkan sejuk. setelah benar2 sejuk seorg wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. aku melihat diriku. aku terkejut sekali. aku hampir tidak percaya, kerana dihadapanku berdiri sebuah cawan yg begitu cantik. semua kesakitan dan penderitaanku yg lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku.

Analogi kehidupan yg dilalui oleh setiap drp kta. Untuk sampai kpd kemenangan perlu kpd mehnah dan tribulasi. Peripentingnya tarbiyyah di mana hasil pentarbiyahan seharusnya mampu menngkatkan daya pemahaman, keyakinan, seterusnya kesediaan utk memikul taklif yg diamanahkan. Hmm,masih banyak yg perlu diperbaiki.Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Semoga diri ini mampu menjadi insan yg berguna serta mampu menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Ujian adalah tarbiyyah Allah, tanda kshnya Allah pd kta.

Hari-hari Di dalam Hidupku

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Biographies & Memoirs
Author:Zainab Al-Ghazali al-Jubaili
'dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian dari kamu antara orang-orang yang mati syahid. Dan ingatlah, Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.’
(Surah Ali ‘imran,3: 139-140)

Seorang aktivis Islam yg sanggup berkorban apa shj demi mempertahankan kebenaran yg beliau yakini. Kemampuannya dibimbangi oleh Presiden Jamal Abdul Nasser, Presiden Republik Mesir sehingga suatu hari beliau ditangkap dan dipenjarakan. Bermulalah siri penyeksaan ke atasnya di mana beliau diarahkan spy diseksa seperti seksaan ke atas org lelaki! Pelbagai mehnah dan tribulasi yg dilalui beliau sepanjang berada di penjara. Dipukul, dgn tongkat,cemeti,digantung kaki ke atas, dikurung dgn anjing2 yg ganas, direndam seharian dlm penjara air, dipenjara dgn tikus dan pelbagai lg seksaan yg dihadapi beliau. Namun, beliau tabah menghadapinya dgn penuh yakin akan janji Allah : "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik2 Pelindung."

Msh dlm pembacaan..hehe..try la baca..seronok + mampu meningkat motivasi generasi pejuang kebenaran

Jom Kenali Mustafa Kamal Attartuk...

Buat renungan bersama. Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk, pemerintah Turki yg kononnya dianggap sebagai hero Islam serta bapa pemodenan Turki.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Attartuk Yang Menyeksakan Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan. 2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.

Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

 Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu,

namun x pula aku sanggup ke nerakaMu...

10 Wasiat Hassan Al-Banna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha

Penyayang.

 

1) Wahai kawanku,

Segeralah tunaikan solat diawal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber

Kejayaan Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber

taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran.

...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat...Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan

cemas.

 

2) Wahai kawanku,

Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan.

Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu

berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman

Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

 

3) Wahai kawanku,

Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka

pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

 

4) Wahai kawanku,

Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?

Syaitannnn namanya !!!

 

5) Wahai kawanku,

Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah

disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa !

berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

 

6) Wahai kawanku,

Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah

kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair :

Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

 

7) Wahai kawanku,

Kawallah nada suaramu.Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakiti hati orang lain pula!!!

Luqman Al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula

Merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

 

8) Wahai kawanku,

Usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain

Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi

kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi

sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syarie.

-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi

-untuk menghapuskan kemungkaran

-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan

-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

 

9) Wahai kawanku,

Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan dating berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama

menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

 

10) Wahai kawanku,

Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masam penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah,

kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

 

Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan...