Aku Terima Nikahnya

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Hasrizal A Jamil-Blogger Saifulislam.com
AKU TERIMA NIKAHNYA adalah rakaman pengalaman penulis dlm membina damai pd sebuah kehidupan berumah tangga. Segalanya bermula dgn menilai cara diri memandang perkahwinan itu sendiri. Melihat perkahwinan sbg medan utk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta. Melihat perkahwinan sbg medan utk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yg tidak berkesudahan.
Diolah dlm gaya santai dan pendekatan bercerita, dgn dialog2 biasa yg merencahi kehidupan sekitar dunia rumah tangga, buku ini menjanjikan pengalama membaca yg mengasyikkan. Suami maupun isteri dibawa menghargai keunikan diri masing2, mengiktiraf kelebihan dn mengakui kelemahan, lalu belajar utk saling memahami... emi menyempurnakan perjalanan sebuah rumah tangga berbekalkan syariat Allah dan sunnatullah.

1 Pengertian...

Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan
itu masih menyala hijau.Harun segera menekan pedal
minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia
tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu
merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di
depannya agak lenggang. Lampu berganti kuning. Hati
Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu
hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala.
Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.
"Ah, aku tak sempat  untuk memijak pedal break
mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Prit! Di seberang jalan seorang pegawai polis
melambaikan tangan memintanya berhenti.  Harun
menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat
dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat
pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.
 Hey, itu kan Usof, teman sepermainannya semasa di
sekolah menengah duhulu. Hati Harun agak lega. Ia
melompat keluar sambil membuka kedua lengannya.

"Hai, Usof. Gembira sekali saya bertemu kau !"

"Hai,  Harun." Tanpa senyum.

"Aduh,  saya ni sebenarnya nak cepat sangat nih.  Saya
memang agak terburu-buru. Isteri
saya sedang menunggu di rumah."

"Oh ye ke?"  Nampaknya Usof agak ragu.

" Ye la Sof, hari ini isteriku menyambut ulang tahun
kelahiran. Dia dan anak-anak sudah
menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat,
kawan-kawannyapun sedang
menuggu "

"Saya faham. Tapi, sebenarnya kami sering
memperhatikanmu melintasi lampu merah di
persimpangan ini."

Ooo, sepertinya tidak sesuai dengan harapan. Harun
mesti ganti strategi.
"Jadi,  kau nak menyaman aku ker?

Tapi sebenarnya  tadi aku tidak melanggar lampu merah.
Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala."
berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun

"Ok Run. Sebenarnya i melihatnya dengan jelas. Tolong
keluarkan lesen dan kad
pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad
pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup
kaca tingkapnya. Sementara itu Usof menulis sesuatu di

buku catatannya. Beberapa saat kemudian Usof mengetuk
kaca keretanya. Harun memandang wajah Usof dengan
penuh kecewa. Dibukanya kaca jendela itu sedikit.
"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman."
Tanpa berkata-kata Usof terus kembali ke tempat dia
bertugas Harun mengambil surat saman yang diselipkan
Usof di sela-sela kaca kenderaan. Tapi, hei
apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic  dikembalikan
bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku.
Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa?
Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang
berisi tulisan tangan Bob:

"Run, tahukah bahawa  aku dulu mempunyai seorang anak
perempuan dan seorang isteri yang cantik.  Sayang,
mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang
tidak mempedulikan lampu merah di persimpangan ini.
Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan.  Sekarang
pemandu itu bebas  bertemu isteri dan memeluk ketiga
anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada.
 Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu.
Yang pergi tidak akan kembali lagi.  Beberapa kali aku
cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu
juga kali ini bila sahabatku sendiri pemandu seperti
pemandu itu. Maafkan aku Run.  Doakan agar aku
memperoleh ganti semuanya. Berhati-hatilah ketika
memandu Run" - Usof

Harun terhenyak. Ia segera keluar dari kenderaan
mencari Usof. Namun, Usof sudah meninggalkan pos
tempat ia bertugas.  Sepanjang jalan pulang ia memandu
perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap
kesalahannya dimaafkan.

 Tak selamanya pengertian kita harus sama dengan
pengertian orang lain.  Boleh jadi suka kita tak lebih
dari duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga,
jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan
orang lain dan bertimbangrasa.