Archive for November 2010
Sebiru Hari Ini by EdCoustic
Perlisku yang Indah lagi Permai..kini...
allahurabbi...agak sekian lm tdk update... alhamdulillah, tempat yg ku diami x mengalami banjir.. tp x mustahil akan banjir kan.. Allah lebih mengetahui...
mennyentuh mengenai isu semasa...
perlis menerima hujan tanpa henti selama 2 hari berturut2.
akibatnya, banjir hadir tanpa diundang.
kedah dan kelantan turut mengalami nasib y sama...
sawah yg dahulunya subur menghijau, indah sekali..kini musbah tatakala bah datang membanjiri...laksana sungai yg terbentang luas lagaknya.
allahurabbi, tiada daya upaya selain dr pertolonganMu ya Allah...
HIKMAH DISEBALIK MUSIBAH
setiap perkara yg berlaku pasti ada sebab musababnya... apakah mesej yg hendak disampaikan oleh Allah... mungkin ini adalah teguran drNya... supaya manusia kembali di jalanNya..ambillah pengajaran darinya...
Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan negeri-negeri di sekitarmu dan Kami telah mendatangkan tanda-tanda kebesaran Kami berulang-ulang supaya mereka kembali (bertaubat). ~Surah Al Ahqaf:27
ighfirli ya Allah...ampuniku...kerana lalai dlm mengingatiMu..mengabaikan tanggungjwb yg diamanahkan kpdku..sibuk dgn urusan duniaku...
ampuni kami.. kerana mengejar dunia sehingga lalai akan urusan akhirat.. kerana terlalu selesa sehingga lupa akan nikmatmu yg melimpah...dan kerana melupaiMu dlm setiap langkah kami..
MASALAH MEREKA ADALAH MASALAH KITA
saat ini, pasti anak2 kecil yg plg gembira, dpt bermain air bah yg jarang mereka rasai (5 tahun lepas jg banjir ttp ini antara yg terburuk). yg dewasa turut tersenyum melihat gelagat si kecil...namun, disebalik senyum itu, pasti wujudnya resah memikirkan masa hadapan.
bagi yg pernah mengalami pengalaman banjir, pasti turut merasai kesusahan, kebimbangan dan kesedihan yg dialami mereka. tiada tempt tinggal, bekalan makanan yg terhad, kemusnahan harta benda..etc. bagi yg x pernah merasai, belajarlah utk merasai kesusahan mereka. hulurkanlah bantuan pd mereka yg memerlukan hatta doamu diperlukan!
doaku, smg kita semua dipermudahkan segala urusan...diberi kekuatan menerima ujian drNya..bersabarlah menempuhinya..
Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~Surah Yusuf: 67