bila dirimu diuji...

Kerap kali kalau kita jujur kita dituduh bodoh. Bila kita mengalah, kita dianggap lemah. Pada hal, kita inginkan keamanan dan kedamaian tanpa kehilangan hak dan harga diri. Namun begitu sukar untuk mendapatnya!

Paling teruji apabila ada orang lain yang mengikut lorong salah… lalu dia cepat sampai, sedangkan kita di lorong yang betul masih lelah  menapak dan merangkak. Bila yang batil ketawa, yang benar pastinya teruji melihat kegembiraan itu. Dan hampir-hampir ia melepaskan kebenaran itu semula hanya kerana tidak tega melihat kebatilan melonjak ria.

Acapkali duri berselindung di sebalik bunga… lalu kita yang tercium keharumannya alpa akan tusukan bisa di sebaliknya. Huluran tangan yang ikhlas dan lembut kekadang dikilas dalam diam dan dendam. Sering juga baldu yang lembut dan halus  dihamparkan tetapi di bawahnya ada belati tajam yang sedia terhunus.

Namun inilah hakikat, tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Justeru, di sana ada akhirat supaya segala topeng kepura-puraan yang selama ini bertahta akan terhenyak dan mendapat pembalasan.

Namun, jika itu yang kita ingatkan kepada yang lain, pasti ada yang mengatakan bahawa itu hanya ‘escapisme’ . Bila kecewa dengan manusia, orang ‘lari’ kepada Tuhan, bila tidak dapat meraih dunia orang mula merindui akhirat, bila terlepas kenikmatan nafsu baru ada yang merintih syurga itu ada!

Bukan, tidak begitu. Keyakinan kepada Allah dan Hari akhirat itu adalah tunjang, teras dan pegangan semasa kita hidup di dunia. Jangan terperangkap oleh ‘etheis’ dalam diri yang mendakwa bahawa manusia itulah yang ‘mencipta’ Tuhan demi ketenangan.

Selalu kita diperingatkan bahawa selesaikanlah urusan kita dengan Allah, barulah Allah akan membantu kita menyelesaikan urusan kita dengan manusia. Dan siapa yang memburu akhirat, dunia akan melutut di kakinya!

Kita tidak selalu benar dalam pendirian dan tindakan… kita hanya manusia. Walaupun sungguh hati kita ingin mengikut jalan Allah, tetapi kerana kealpaan dan kejahilan kita tersasar jua. Kita ingin tenang, tetapi oleh kerana ketipisan iman dan zikir, pendirian kita goyah jua. Ada rasa marah, ada rasa resah… tetapi semua itu adalah ‘bayaran tol’ di lebuh raya mujahadah.


Ya Allah, ampunkanlah kami. Berilah kami kekuatan untuk memaafkan diri kami sendiri dan juga orang lain. Kami masih tidak pandai mensyukuri nikmatMu kerana kami masih mendidik hati dalam menerima ujian-Mu.

Ya Allah, cuma satu… cuma satu… janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walau sekelip mata. Kutiplah kami ya Allah untuk selalu dibimbing oleh hidayah dan taufik Mu!

Ya Allah, kami sentiasa yakin bahawa kejujuran itu kemenangan dan pilihlah kami untuk menjadi orang yang jujur dan benar… walau apa jua keadaan dan cabarannya! Amin.

http://genta-rasa.com/2011/02/25/resah-seorang-ayah/#more-1311


hidup..oh hidup..

jumaat yg mulia
ari ni ari jumaat..allahurabbi..hampir x sedar aku.. sudah hampir menuju maghrib, baruku sedar.. isk3..aku benci.. ya, aku benci keadaan aku yg x menyedari hal itu apabila t'lalu asyik dgn stadi..
masa yg Allah perkenankan doanya tdk ku rebut...


menuntut ilmu...
hadis b'bunyi: brgsiapa memilih jln utk menuntut ilmu, Allah akan permudahkan bgnya jalan ke syurga...

ya, ada benarnya... menuntut ilmu jg satu ibadah..

tp smuanya bergantung pd niat aku utk belajar... sejauh mna aku belajar utk raih redha Allah.. utk tolong agama Allah... jika jauh niat itu... maka hanya ilmu dunia je la yg aku perolehi.. arghh, alngkah ruginya.. belajar krn nk ilmu still dpt ilmu.. tp klu blajar krn terpaksa? krn ibubapa? krn awek? hmm.. lu pikir la sendiri bak kata nabil..

jika begitulah keadaannya, lupakanlah... hanya bahagia di dunia yg diperolehi.. itu pun jika Allah mengizinkn..


Jom kenali istidraj...
"Tgk aku ni, relaks je... walaupun aku b'couple..tiap2 hari keluar dgn si dia.. tp result aku gempak... x mcm kau.."  +  "aku bersyukur dgn kejayaan aku ni tau..haha"

Hmm..awok pernah dgr perkataan istidraj x...
Gini, awok rasa Allah msh syggg kat awak even awok msh buat maksiat...dpt result best..seolah2 Allah restu dgn perbuatan awok.. hakikatnya, Allah makin jauh dgn awok.. sbb Allah still bg walaupun sbnrnya Allah x redha dgn perbuatan awok. Itulah istidraj.. Samalah halnya bilamana Allah beri Firaun kekayaan yg melimpah walhal Allah tambah kesesatan padanya. Na'uzubillah...


 moga kita tergolong dikalangan yg diredhai-Nya..aminnn..


1st post for 2011

allahurabbi..sdh lama tiada post...bahkan ini merupakan 1st post sy dlm thn 2011.. adeh la.. al-maklum la, t'henti stlh multiply di 'block' oleh U sy.. alang2 dh block multiply, knp x teruskan dgn mem'block' blogspot, wordpress etc. kan.. huhu.. mcm2...
hmm.. nak mulakan dgn post apa ya..xpa kita mulakan dgn kata2 dulu... i'Allah, next post will be longer than this.. hee~

~~Kalau besar yang di tuntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya~~

 Kata2 yg mampu m'beri smgt... Mesejnya, perjuangan dlm menegakkan kebenaran itu pasti akan mengharungi banyaknya mehnah dan tribulasi... Namun, yakinlah bhw Allah sentiasa bersamamu! ~maksud yg sy nyatakan ini luas konteksnya.. ia bergantung pd point of view seseorg.. turning point nya, masih kpd usaha utk m'cari redhaNya..
note: kata2 ni pernah di post sblm ini.. sj sy timbulkan semula