Cuti cuti

alhamdulillah..

selesai beberapa perkara yang perlu diselesaikan..

malam ni excited nak balik kampung.. actually, dari smlm lg dah start2 belek album si amni najihah.. ok, ma makna? hihi..

seriously, sblm beli tiket tak rasa pun excited nya.. :) balik seminggu kan..

well, macam biasa.. ada beberapa perkara yg tak settle lagi.. so, kena bawa balik rumah la kan..

actually, ada perkara yang menyebabkan hati ni rasa berat nak balik rumah walaupun sebenarnya melonjak2 rasa nak balik.. berkenaan janji yang akan dituntut.. ya Allah, Engkau lebih mengetahui hati2 ini..
mak,abah.. hanya redha kalian ku pohon.. restuilah setia keputusan anakmu ini.. bersabarlah sehingga segalanya selesai.. insyaAllah.. bi iznillah..

berapa banyak perkara da..

kesimpulannya, banyak perkara la kan yang ada dalam kepala ni termasuk yang tak tecatat.. nak cepat, satgi tertinggal bas pulak.. hikhi..

simboliknya gambar.. hehe


hopefully, segala urusan dipermudahkan.. amin ya Rabb..

Recharge Your IMAN :)

Iman Anda Sudah Low !!!

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

▂ ▄ ▅ ▇ █ Charge Iman Anda █ ▇ ▆ ▄ ▂

أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

سبحان الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا حول و لا قوة إلا بالله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

اللهم صل على سيدنا محمد

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████─║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝
Sudah Full , Amin ^^
Ahamdulillah, sedar xsedar anda telah berzikir & berselawat..
"ber blog sambil beribadah" ^_^ ..
♥  Cepat Charge .. ♥


found this post while blogwalking.. huhu..asalnya nak cari maklumat pasal pen.pegawai it. siapa la pemilik asal yg kreatif ni ya.. moga saham akhirat berlimpahan buat anda :D



memaknakan AidilAdha


Saat berderai jatuh titisan air mata suci Nabi Ibrahim dalam keSABARan

Melihat keteguhan iman, keIKHLASan hati anaknya Nabi Ismail

Disitulah bermulanya sejarah agung ERTI SEBUAH PENGORBANAN


ibrah

Kisah Ibrahim sinonim dengan pengorbanan.
Namun sebelum pengorbanan, ujiannya adalah pada keutamaan.
Melafazkan kesaksian Laa Ilaaha Illallaah bererti meletakkan Allah sebagai keutamaan tertinggi kehidupan. Di dalam bahasa cinta, ia disebut sebagai KHALIL dan KHULLAH. Kedudukan istimewa berkaitan hubungan Ibrahim dengan Allah, demikian juga Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Ibrahim sangat mencintai Ismail. Cinta yang tinggi, cinta yang mendalam.
Tetapi tekad Ibrahim melaksanakan perintah Allah untuk cintanya dikorban, membuktikan Ibrahim telah dan terus mencintai Allah, mengatasi segala-galanya, hatta Ismail, si anak, buah hati pengarang jiwa. Dan kejernihan serta ketulenan cinta Ibrahim kepada ALLAH itulah, yang menjadikan kasih Ibrahim kepada Ismail agung sebagai kasih seorang bapa kepada anak yang diabadikan dalam ibadah korban. 

kisah lanjut di http://saifulislam.com/?p=161


memaknakan AidilAdha..

saya belajar sesuatu dari makna disebalik erti sebuah pengorbanan..
'melepaskan sesuatu yang kita suka, dan menerima sesuatu yang kita tak suka..
Lillahi Ta'ala..'
kadang2 sesuatu perkara yang berlaku bukanlah seperti yang kita harapkan, tidak seperti yang kita rancangkan.. Namun, Allah merencana sesuatu sesuai dengan kadar kemampuan hambaNya.. setiap yang berlaku pasti punya hikmah..


hikmah..

apa itu HIKMAH ?
- sesuatu yang berlaku di luar hajat kita.. sama ada perkara itu baik mahupun tidak

sebagai contoh, kita harapkan air untuk bekalan semasa menggali tanah.. dalam usaha pencarian, kita jumpa emas yang jauh lebih berharga.. (eh, macam tak praktikal pulak contoh ni.. hihi)
ini contoh kebaikan yang kita terima.. namun tak ramai yang sedar dan bersyukur dengan hikmah kesenangan yang Allah limpahkan.. hanya menyedari setelah menerima kesusahan.

kita harapkan kebahagian, kesedihan mengundang.. kita harapkan kebaikan, keburukan yang datang.. kita harapkan kemudahan, kesusahan yang Allah lontarkan.. semuanya tanda kasih Allah pada hambaNya..terpulang kepada kita memandangnya dari sudut positif atau tidak.. mungkin juga ia adalah kafarrah dari kesilapan2 kita yang lalu.. bersangka baiklah.. SABAR dan REDHAlah penawar yang terbaik.

moga Allah lorongkan hati kita untuk sentiasa bersyukur dengan setiap yang berlaku.

do what you love.. love what you do.. because of Allah :)

Bulatan Gembira kami ^_^

Hari ni ber'temu' di rumah makcik Meriani.. Alhamdulillah, makanan rohani terisi.. nak point pada satu word yang kami bincangkan tadi.. salah satu nama Allah daripada  99 namaNya iaitu AS-SYAKUR (YANG MAHA MENSYUKURI).. Bila lihat semula pada nama ni, what will be in our mind is 'Allah bersyukur? macamana tu? kan Allah Maha segala-galanya, kenapa perlu bersyukur..'
 Yang dimaksudkan adalah Allah memuji sesiapa yang mentaatiNya, tanda Allah gembira bila kita hargai nikmatNya. Allahurabbi, sedangkan Allah bersyukur dengan segala sesuatu.. inikan kita yang selalu mengharap sesuatu kepada Allah tapi tak mahu bersyukur dengan nikmatNya yang tak terhitungkan.. 


Bila kaji semula satu persatu nama-nama Allah, sungguh terasa diri ni kerdil sangat.. tak punya apa-apa.. tiada satupun milik kita.. semuanya dari Allah.. sungguh Allah itu Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pengampun..etc.. Jadi, takda alasan untuk kita sombong kat dunia ni kan.. muhasabah bersama 

 Allah, buka2 je blog, terus dapat notification dr multiply saying that, 
 From December 1st, we will unfortunately no longer be able to support Multiply in its current form.
hmm.. kena mula kerja2 pemindahan la nampaknya.. 

UJIAN ITU JALAN UNTUK MENGENAL ALLAH


Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, teta
pi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.

Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya... bersangka baiklah kepada Allah..


 masyaAllah, sgt terkesan dengan kata2 ni.. melalui detik2 yg sukar selepas pulang dr kenduri di mata ayer. Allahurabbi, maafkanlah mereka dgn kata2 mereka. Allah lebih mengetahui.. sejuk sikit hati slps mengadu dgnNya dan baca statement di atas. Ya Allah, ikhlaskan hati kami dlm mencari redhaMu.. 

JANGAN MERAJUK WAHAI DAI'E

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan, setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu diusahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena, sehinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai muharrik. Mereka yang berada di dalam kategori tersebut mesti lebih lagi menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa.

Begitupun hal itu pasti tidak akan dapat dielakkan, usah kita lupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal waktu bersungguh dan berakhir dengan waktu lelah. Jika kita terkandas memandu keghairahan semangat dan azam, kita akan kecewa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Tetapi ingatlah, tidak pernah susah bermakna tidak sempurna, tidak pernah merasa payah bermakna tidak normal. Allah memberikan amanah mengikut kesanggupan hambaNya, natijahnya pula di bawah takdirNya. Bak bidalan, ‘menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi’.

Lalu di saat hati sedang kabur, lemah dan gelisah, carilah hikmah apapun yang ditenun di dalam lembar Al Quran. Rupa-rupanya kisah Nabi Yunus A.S yang jarang dijadikan bahan sebutan, memberi seribu pengertian dalam kehidupan seorang da’ie.

Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia

Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina

Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati
Ke tepi pantai seorang diri

Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan

Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira

Sedarlah Baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya

Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan dirii. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana setiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” – Surah Ali ‘Imran:139, Al Quranul Karim



RAMADHAN: belajarlah berlapang dada

Ramadhan bulan barakah, bulan digandakan ganjaran setiap amalan, dibelengu segala iblis dan syaitan, bulan yang awalnya rahmah (kasih sayang), pertengahannya maghfirah (kemampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka.
Ramadhan sudah beberapa hari berlalu. Barangsiapa yang sudah bersungguh-sungguh merebut tawaran ALLAH pada hari-hari yang sudah berlalu, maka beruntunglah dia. Dan barangsiapa yang lalai dan leka, sesungguhnya hari-hari yang berlalu itu sudah tidak akan kembali kepadanya. Jika saat ini tersedar kita daripada kelalaian itu, maka Ramadhan masih di fasa awalnya – rahmah. Masih kita punyai peluang untuk merebut segala tawaran-Nya. Muhasabahlah diri di awal Ramadhan sebelum terlambat, sebelum Ramadhan terus berlalu meninggalkan kita.
Dalam sibuk mengerjakan ibadah, wajar kita meletakkan sasaran yang jelas untuk diri kita. Apa sasaran ibadah kita dalam bulan Ramadhan ini? Tidak lain tidak bukan adalah untuk menggapai status hamba yang bertaqwa, selari dengan firman ALLAH;
“Hai orang-orang beriman, difardhukan ke atas kamu akan berpuasa sebagaimana telah difardhukan ke atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh taqwa
[al-Baqarah:183]
Sasaran ibadah kita adalah taqwa. Baik apa jua ibadah yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini, biarlah sasarannya taqwa. Solat kita, fokuskan untuk menjadi hamba yang bertaqwa. Puasa kita, biarah menepati piawaian puasa orang-orang yang bertaqwa. Sedekah kita, zakat kita, bacaan al-quran kita, dan seumpamanya, biarlah menjurus ke arah taqwa. Bukan sekadar ikut-ikut orang, bukan mahu menunjuk-nunjuk, bukan saja-saja isi masa lapang.
Aktiviti amal Islami, amal jamaei dan amal ijtimaei juga adalah ibadah. Aktiviti dakwah, tarbiyyah, pengkaderan dan sebagainya yang disusun oleh jemaah, adalah ibadah. Maka sekalian usaha menjayakannya menjadi ibadah jua. Hatta bermesyuarat, berdiskusi, menyusun atur program, merancang startegi, untuk melaksanakannya bukanlah kerja sia-sia di sisi ALLAH.
Malang sekali bagi golongan yang berfikiran sempit, khususnya dalam kalangan ahli jemaah yang menganggap bermesyuarat itu membuang masa, merancang sesuatu usaha tarbiyyah adalah sia-sia. Dalam bulan barakah inilah sepatutnya kita mohon ALLAH mudahkan usaha dakwah kita, rahmati gerakerja kita, gandai ganjaran ke atas kita, dan rahmati setiap keputusan mesyuarat kita agar tindakan perlaksanaannya dipandu cahaya-Nya.
Perjuangan menggapai status taqwa dalam bulan Ramadhan bukan sahaja ditumpukan kepada solat tarawih, tadarus al-quran, sedekah dan seumpamanya, bahkah status taqwa itu perlu meliputi juga usaha mengikis sifat mazmumah dalam diri. Tentu kita tahu sifat keji dan buruk dalam diri kita. Jika tidak nampak, jadikan sahabat karib kita sebagai cermin untuk kita menilik kekejian diri kita yang kita tidak nampak. Malang sekali jika kita menganggap kita sudah bebas dari sifat-sifat buruk, sedangkan orang lain dapat melihatnya.
Sikap berlapang dada adalah sifat terpuji yang harus kita bina terutama dalam akhlak berjamaah dan bersaudara sesama kita. Ukurlah darjah kelapangan dada kita. Jika rendah bacaan meternya, baiki lagi. Dalam berjamaah, pasti ada ketika kelakuan sahabat seperjuangan kita menyebabkan kita tidak berpuas hati atau marah kepadanya. Tegurlah dia dengan penuh hikmah dan berlapang dada. Jika hati kita terluka, jangan kita melukai saudara kita pula. Bersabarlah. Kesilapan-kesilapan kecil, maafkanlah. Usah ada sikap mudah merajuk atau memprotes tidak tentu hala. Dia tidak sempurna, kita juga tidak sempurna. Berlapang dadalah kepada kelemahan sahabat kita sebagaimana kita mahu dia juga berlapang dada dengan kelemahan kita. Jika kita merasakan hati kita sangat sensitif, mudah terluka dengan tindak tanduk manusia, maka beringatlah, kita juga memiliki lidah yang sangat tajam yang boleh melukai hati orang lain.
Begitu juga kadang-kadang keputusan mesyuarat tidak selari dengan pandangan dan kehendak kita. Berlapang dadalah dan terimalah keputusan mesyuarat itu serta laksanakan dengan penuh komitmen. Boleh jadi ada hikmah disebalik keputusan jemaah yang kita tidak nampak, atau barangkali pendangan kita masih tidak sesuai dilaksanakan pada saat ini yang kita tidak tahu. Sebaik-baiknya kita beristighfar jika cadangan kita diterima, mudah-mudahan ia terhindar daripada kemudharatan jika dilaksanakan. Bersyukur jika idea kita ditolak kerana mungkin idea yang kita anggap bagus itu tersembunyi di dalamnya mudharat yang besar.
Moga-moga Ramadhan ini dapat mempertingkatkan taqwa kita, orang-rang yang mengintima’ diri dalam perjuangan Islam. Mudah-mudahan darjat ketaqwaan kita memberi impak yang baik dalam berjamaah.
WaLLAHu a’lam…

Jernihkan Fikrah Sebelum Berdakwah

“Saya mahu sertai program PAS, program JIM, program ABIM dan ikut Tabligh keluar sebab saya sudah bosan dengan perpecahan”, kata seorang anak muda kepada saya.

Saya mengangguk.

Kemudian menggelengkan kepala.

Saya bersetuju dengan keluhannya bahawa kita semua sudah bosan dengan perpecahan. Tetapi saya menggelengkan kepala kerana tidak bersetuju dengan formulanya untuk mengatasi perpecahan itu.

“Tentu sahaja idea itu baik dan saya menyokongnya, jika anda meletakkan diri sebagai penyokong dan kekasih Islam”, saya cuba menjelaskan sebab saya menggelengkan kepala pada separuh kedua kenyataan pelajar tersebut.

“Tetapi jika anda seorang pendokong dan kekasih yang berkasih dengan Islam, anda harus lebih teliti, rasional dan realistik”, saya menyambung.

“Maksud ustaz?”, tanyanya kepada saya.

Asalnya saya kurang berminat bercakap tentang hal ini. Terserahlah kepada anak-anak muda ini untuk mencari cara terbaik bagi mereka ‘menolong agama Allah’. Tetapi option yang terlalu terbuka menyebabkan mereka meraba-raba di bawah sinar mentari, bukan purnama.

“Izinkan ustaz membuat satu analogi”, saya cuba memudahkan perbualan.

KOMITMEN KERJA

“Jika kita seorang pengguna ubat gigi, kita bebas untuk memilih ubat gigi yang sesuai dengan keperluan kita. Pilih sahajalah mana-mana ubat gigi yang ada di pasaran kerana semua ubat gigi itu umumnya berkongsi tujuan… memutih dan menyihatkan gigi kita…

… tetapi jika kita bekerja sebagai seorang pegawai penyelidik di sebuah kilang ubat gigi, atau pegawai pemasaran, malah pekerja subordinate di kilang tersebut, adalah mustahil untuk syarikat kilang itu membenarkan anda pada masa yang sama bekerja di syarikat ubat gigi yang lain!”, saya menyudahkan penjelasan.

“Kenapa pula?”, tanyanya dalam kekeliruan.

“Aih… takkan tanya ‘kenapa pula’? Anda akan bertindan waktu kerja, anda akan bertindan strategi pemasaran, anda akan bertindan pelbagai kepentingan dan siapakah yang akan anda berikan keutamaan?”, saya agak terkejut dengan kekaburan fikiran beliau.

“Setiap kumpulan Islam, mempunyai maksud dan tujuan besar yang sama. Tetapi malangnya mereka berbeza jalan dan pendekatan hingga ada yang bertembung dan bertentangan. Ada yang mahu sampai kepada Islam dengan memanfaatkan ruang di dalam demokrasi, ada yang mahu sampai kepada Islam dengan berperang berpatah arang dengan demokrasi… itu contohnya”, saya menyambung.

“Ada kumpulan yang menganggap penglibatan dan keprihatinannya terhadap persoalan siasah dan isu semasa sebagai suatu kelebihan, manakala ada kumpulan yang menganggap pendirian non partisannya sebagai prinsip yang mesti dipertahankan. Maka, anda boleh menghadiri program semua kumpulan ini, jika kehadiran yang anda maksudkan itu adalah sebagai peserta program umum, outreach dan anda hadir sebagai orang yang hanya mahu menerima. Bukan memberi!”, tambah saya.

“Dan ustaz sering mengingatkan kami bahawa penglibatan kita di dalam dakwah harus untuk memberi, bukan menerima, betul tak?”, tanyanya.

“Yang ini ustaz angguk 100%”, saya tersenyum.

MEMBERI DAN MENERIMA DI DALAM DAKWAH

Dalam beragama dan berdakwah untuk menolong agama, apa yang perlu kita fikirkan bukan hanya pada soal apa manfaat yang kita dapat. Jika itu sahaja yang menjadi pertimbangan kita, maka tidak hairanlah kita ini mungkin menjadi orang yang paling banyak tahu, tetapi tidak berguna dan bernilai di sisi Islam, kerana tiada keinginan memberi.

Seronok mengaji tetapi tidak sampai kesedaran tentang tuntutan mengajar.

Kata Nabi SAW:

“Sebaik-baik kamu adalah dia yang paling bermanfaat kepada manusia”

Maka seorang mukmin yang mengikut jalur kenabian akan segera mahu memberi sejurus selepas menerima, apatah lagi dalam soal-soal kebaikan:

“Tidak sempurna iman sesiapa dari kalangan kamu sehingga dia itu suka untuk saudaranya, apa yang disukainya untuk diri sendiri”

Dalam erti kata yang lain, penglibatan seseorang di dalam sebuah gerakan Islam, bukan hanya dengan maksud mahu menjadi penyokong, pengambil manfaat dan penerima semata-mata, tetapi mahu bergerak setapak lagi ke depan dengan menjadi pendokong, penyumbang manfaat dan pemberi pula.

Apabila seseorang itu mahu menjadi pendokong, penyertaannya bersama sebuah gerakan Islam haruslah atas dasar kebersamaan, saling percaya mempercayai, atau dengan bahasa yang lebih kemas, dengan merujuk kepada rukun-rukun komitmen yang disebut sebagai arkaan al-bai’ahyang sepuluh oleh Hasan al-Banna.

Justeru, tidak mungkin di peringkat taaruf menuju takwin, untuk seseorang itu menjadi anggota sebuah kumpulan Islam, dan dalam masa yang sama turut menganggotai kumpulan-kumpulan yang lain, dengan alasan mahu mengambil manfaat sebanyak mungkin.

ANTARA SIYASAH DAN TARBIYAH

Kebarangkalian dari segi strategi bergerak, mungkin ada ruang yang membolehkan. Ramai sahaja ahli JIM yang turut menjadi aktivis PAS. Ada sahaja aktivis PAS yang dipinjamkan ke PKR dalam pilihanraya. Tetapi ini bergerak di dalam kerangka siasah, tidak dalam agenda tarbiyah.

Oleh yang demikian, idea ‘pelik’ sesetengah kita yang memilih JIM supaya boleh menyokong PAS tanpa risiko, harus disemak semula, terutamanya di kalangan warga menara gading. Itu idea politik, bukan idea tarbiyah.

Tarbiyah itu ialah proses mengacu dan membentuk, sebelum diguna pakai di lapangan yang pelbagai termasuk siasah. Maka proses pembentukan fikrah tidak akan berhasil jika tajarrud dalam pemikiran tidak dibentuk. Pemikiran akan lebur dan mencetuskan krisis identiti dan fikri.

Akhirnya kita sendiri tidak tahu apa yang kita tahu dan tidak tahu apa yang kita percaya. Amal bagaimanakah yang boleh terbit dari kekaburan fikrah dan kepercayaan seperti ini?

Era pentarbiyahan itu adalah era pembentukan (takwin). Ia seumpama kilang untuk menghasilkan sesuatu produk. Kilang melahirkan da’ie.

Jika dipinjam analogi ubat gigi itu tadi, maka di atas rak pasar raya, sepuluh jenama ubat gigi boleh duduk sebelah menyebelah dan terpulang kepada pengguna untuk memilih atas pertimbangan masing-masing.

Tetapi semasa ubat gigi itu di kilang masing-masing, tidak mungkin formula ubat gigi Colgate© dicampur dengan formula Sensodyne© lalu dikotakkan dengan pakej Darlie©. Di kilang Colgate©, semuanya harus Colgate©. Campur aduk yang tidak menentu dalam menghasilkan produk ubat gigi, hanya akan menyebabkan pengguna keliru dan membuat kesimpulan mudah bahawa ubat gigiColgate© berkotakkan Darlie© ini bukanlah kombinasi formula, tetapi ubat gigi palsu semata.

Seorang aktivis JIM itu perlu jelas pada kefahaman dirinya apakah yang menjadikan dirinya itu seorang ahli JIM. Soal komitmen, kepercayaan, menjaga kerahsian, dan tanggungjawab dilaksanakan secara ‘yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’.

Begitu juga dengan aktivis PAS. Penyertaannya di dalam gerakan Islam itu harus atas dasar al-fahmu, memahami dan menghayati fikrah dan perjuangan PAS, serta sama-sama mendokong gerak kerja yang diputuskan bersama. Apakah beza pemikirannya dengan kumpulan lain seperti Hizb al-Tahrir atau ABIM, ia harus jelas dan terbina secara tersusun lagi kemas melalui agenda tarbiyah masing-masing. Mengetahui perbezaan bukan untuk mencetuskan perbalahan, tetapi supaya boleh mendefinisikan diri.

Bagi yang mencelah dengan idea “ana Muslim, full stop“, boleh berehat di tepi padang sehingga dijemput masuk. Saya sedang cuba menyelesaikan sindrom “tepat tetapi tidak jelas”.

TITIK PENYATUAN

Tinggal satu lagi persoalan penting iaitu di manakah soal kerjasama dan penyatuan itu boleh berlaku?

Atas dinamika fikrah masing-masing, sikap (attitude) yang positif, kecenderungan kepada titik persamaan mengatasi perbedaan, di situlah kerjasama harus dibina.

Halangan kerjasama, bukanlah pada berbeza jemaah atau berlainan fikrah. Musuh kerjasama dan perpaduan ialah SIKAP dan SERKAP. Serkap fikiran berupa prasangka dan andaian di zon selesa masing-masing.

Akan tetapi, cabaran akan menjadi lebih kritikal jika cubaan penyatuan dibuat di atas kekaburan dan kekeliruan. Tidak memahami apa yang menjadikan JIM itu JIM, PAS itu PAS, lantas mencadangkan titik yang tidak kena dengan realiti.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, tentukan dahulu apa yang kamu percaya, siapa diri kamu, dan di situlah bermulanya usaha besar untuk kerjasama dan penyatuan yang diimpikan.

Fikrah saya jelas dan di atas kejelasan itu, saya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk pergi ke mana-mana program, bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan seterusnya membantu pada apa yang boleh dibantu. Semuanya harus didahului oleh usaha menentukan apa yang kita percaya lantas menentukan siapa kita.

DALIL

“Tak ada dalil ke ustaz? Main logik akal sahaja?”, tanya pelajar tersebut.

“Ini common sense. Pemikiran yang tidak logik, adalah musuh kepada dalil! Betulkan cara berfikir sebelum meminta dalil.”, itu sahaja yang mampu saya jawab buat masa ini.

Ayuh kemaskan fikrah, untuk kelancaran dakwah.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur