Apresiasi kepada Kaspersky

Apresiasi kepada Kaspersky

Apresiasi kepada Kaspersky

Penulis telah menggunakan Kaspersky Internet Security 2011 sejak tahun 2007 lagi. Kepercayaan yang terbina antara penulis dengan produk Kaspersky selama ini disebabkan oleh keupayaan, prestasi, kecekapan, pengkalan data virus yang dikemas kini selalu dan pastinya keberkesanannya melindungi komputer penulis daripada diserang pelbagai virus, trojan atau malware.

Sebelum menggunakan antivirus Kaspersky, penulis pernah menggunakan beberapa jenama antivirus percuma yang lain seperti AVG, Bitdefender, Nod32 dan sebagainya. Walau bagaimanapun, hasilnya tidak memberangsangkan. Ada kala penulis terpaksa memformat semula komputer setiap kali kemunculan virus baharu yang menyerang fail, dokumen dan sistem komputer. 

Memandangkan setiap kali proses memformat komputer mengambil masa lebih kurang 2 jam, penulis mencari solusi untuk menangani permasalahan ini.

 

Setelah membuat rujukan dan bacaan meluas di internet, ramai pengguna menyarankan supaya menggunakan Kaspersky sebagai pertahanan dan perlindungan daripada virus yang menyerang komputer saudara. Jadi, penulis telah mendapatkan antivirus tersebut dengan cara muat turun. Oleh kerana penulis cenderung menggunakan internet, maka Kaspersky Internet Security merupakan pilihan yang tepat berbanding Kaspersky Anti Virus.

Rupa-rupanya produk Kaspersky ini perlu dibayar untuk mendapatkan lesen pengesahan. Tanpa lesen berbayar, pengguna cuma boleh menggunakan antivirus secara percubaan selama 30 hari sahaja. Ketika itu, penulis beranggapan tidak berbaloi untuk menghabiskan wang untuk membeli lesen tersebut, lalu mencari lesen secara haram di internet dengan kepakaran yang ada.

Tidak dinafikan, beberapa laman forum dan blog menawarkan lesen Kaspersky secara haram. Namun begitu, pelayan Kaspersky sering kali mengesan lesen yang beroperasi serentak di dua tempat yang berbeza sekaligus lesen tersebut diiktiraf sebagai lesen ‘mati’. Operasi antivirus pula disekat dan tidak dapat digunakan seperti sedia kala. Pencarian lesen secara haram terpaksa dibuat setiap kali lesen ‘dimatikan’. Akibat tidak tertanggung masa dibuang untuk mencari lesen haram, penulis telah mencuba membeli satu lesen Kaspersky Internet Security.

Secara peribadi, bayaran yang dikenakan sangat berbaloi. Selain itu, penulis tidak perlu risau lagi masalah lesen mati. Saudara cuma perlu mengaktifkan lesen tersebut mengikut arahan manual yang diberikan sahaja.

Hasilnya, penulis tidak perlu memformat lagi komputer sejak itu. KIS telah berjaya menangani masalah virus, malware dan trojan yang menyerang. Lebih menakjubkan, beberapa siri serangan komputer dibuat oleh penggodam dari Amerika, Pakistan dan Afganistan menerusi firewall untuk mencuri maklumat berjaya dipatahkan dengan pemberitahuan KIS kepada penulis. Kini, penulis hanya mampu tersenyum sinis dengan usaha penceroboh yang tidak bertamadun itu gagal memecah masuk komputer penulis.

Seperti biasa, Teknomasi hanya menyarankan sesuatu yang terbaik untuk pembaca. Mari berubah kepada Kaspersky! 

Sayu...

"Kata orang
jangan sedih...
Tidak perlu resah...
Apalagi gundah....
Kerana perpisahan kita 
sekadar berjauhan tempat bukan perpisahan hakiki, 
bukan sebuah titik penamat.

Ukhtiku...
Kutitipkan dirimu pada DIA yang satu....
agar saat aku rindu 
aku bisa menemuimu dengan sekadar menadah tanganku ke langit biru

Inni uhibbukifillah...

Syafakillah..get well soon
Agar bisa bersama kami semula.. 
"

Perlisku yang Indah lagi Permai..kini...

allahurabbi...agak sekian lm tdk update... alhamdulillah, tempat yg ku diami x mengalami banjir.. tp x mustahil akan banjir kan.. Allah lebih mengetahui...

BANJIR

mennyentuh mengenai isu semasa...

perlis menerima hujan tanpa henti selama 2 hari berturut2.

akibatnya, banjir hadir tanpa diundang.

kedah dan kelantan turut mengalami nasib y sama...

sawah yg dahulunya subur menghijau, indah sekali..kini musbah tatakala bah datang membanjiri...laksana sungai yg terbentang luas lagaknya.

allahurabbi, tiada daya upaya selain dr pertolonganMu ya Allah...

 

HIKMAH DISEBALIK MUSIBAH

setiap perkara yg berlaku pasti ada sebab musababnya... apakah mesej yg hendak disampaikan oleh Allah... mungkin ini adalah teguran drNya... supaya manusia kembali di jalanNya..ambillah pengajaran darinya...

Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan negeri-negeri di sekitarmu dan Kami telah mendatangkan tanda-tanda kebesaran Kami berulang-ulang supaya mereka kembali (bertaubat). ~Surah Al Ahqaf:27

ighfirli ya Allah...ampuniku...kerana lalai dlm mengingatiMu..mengabaikan tanggungjwb yg diamanahkan kpdku..sibuk dgn urusan duniaku...

ampuni kami.. kerana mengejar dunia sehingga lalai akan urusan akhirat.. kerana terlalu selesa sehingga lupa akan nikmatmu yg melimpah...dan kerana melupaiMu dlm setiap langkah kami..

 

MASALAH MEREKA ADALAH MASALAH KITA

saat ini, pasti anak2 kecil yg plg gembira, dpt bermain air bah yg jarang mereka rasai (5 tahun lepas jg banjir ttp ini antara yg terburuk). yg dewasa turut tersenyum melihat gelagat si kecil...namun, disebalik senyum itu, pasti wujudnya resah memikirkan masa hadapan.

bagi yg pernah mengalami pengalaman banjir, pasti turut merasai kesusahan, kebimbangan dan kesedihan yg dialami mereka. tiada tempt tinggal, bekalan makanan yg terhad, kemusnahan harta benda..etc. bagi yg x pernah merasai, belajarlah utk merasai kesusahan mereka. hulurkanlah bantuan pd mereka yg memerlukan hatta doamu diperlukan!

doaku, smg kita semua dipermudahkan segala urusan...diberi kekuatan menerima ujian drNya..bersabarlah menempuhinya..

Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~Surah Yusuf: 67