seharian di alor setar mencari sponsor untuk program nisa' mac ni.. seraya mengingatkan kembali kenangan berpraktikal sy di ibu kota kuala lumpur, bandar sri permaisuri.. allahurabbi..praktikal yang berguna krn sy sdg mempraktikkan salah satu skill nya iaitu communication skill (^_^) Sudah lama tidak diasah, skill nya semakin tumpul..hehe
Dari 1 syarikat ke 1 syarikat mempromosikan produk syrkt.. tentunya banyak ragam yg terlihat sewaktu menerima kehadiran kami.. yg mesra, dgn senyuman manisnya.. x kurang jg yg kurang mesra layanannya, mungkin mahu mempamerkan karisma.. begitulah realitinya.. hanya senyuman yg mampu diukir.. tak mungkin masam dibalas masam..
kenderaan harian kami pula lrt, star, komuter.. hampir setiap hentian kami berhenti mencari potential company. habis tugas, kami ber'silaturrahim' di kompleks beli-belah.
#cukuplah tu.. sekadar mengimbau kenangan yg x mungkin dilupakan.. (^_^)
#terima kasih kpd shbt yg byk membantu semasa praktikal, cikla, chewe n ila...
#time ni sy baru lps pulih dr sakit dan meneruskan praktikal slps menangguh 1 sem..sakit yg sepatutnya memerlukan rehat tanpa byk bergerak.. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang bernafas hingga ke hari ini..
#satu perkara yg mengecewakan, tiada kamera canggih utk dirakam.. byk tempat menarik, ragam manusia, memori indah bersama shbt2 yg x terakamkan... hanya mengharapkan kamera handphone yg terhad memorinya dan resolusinya.
#kami menyewa di flat berdekatan bandar tasik selatan (BTS). Setiap pg berjalan ke terminal lrt hampir 5 minit. Mujur waktu pejabat kami bermula 9 pg. Kurang berebut berbanding mereka yg bekerja seawal 8 pg. Seperti tin sardin layaknya.. hehhe
#Biasanya sy akan pulang ke kg halaman (PD) setiap minggu.. Bersedialah berada dlm keadaan sesak pd pg isninnya.. bertolak menaiki komuter dr seremban ke Salak Selatan, atau berhenti di BTS dulu, kemudian menaiki lrt ke salak selatan. Hanya Allah mengerti perasaan sy menerima keadaan sesak yg menyesakkan! Cukuplah merasai pengalaman berada dlm kesibukan kota raya sewaktu praktikal.
#sgt seronok bila diberi peluang berada di kawasan2 tumpuan manusia spt KL sentral, masjid jamek, klcc, pwtc, bukit bintang, putrajaya, etc. byk pengalaman dan pengajaran yg diterima.. yg baik kelihatan janggal, yg buruk kelihatan biasa, itu realiti apabila berada di KL. Hanya iman yg mampu membezakan.
sudah la tu.. pg ni perlu diteruskan misi mencari sponsor di sekitar perlis pula. Moga dipermudahkan. amin 
beginilah kualiti gambar yg dirakam..
but still bermakna! 
No comments on "memori itu